Isnin, 21 Mac 2022

MASIH ADA TIPU DALAM PILIHAN RAYA

 


Pilihan raya perlu bebas, adil – Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR – Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil bagi menjamin kesuburan amalan demokrasi.

Menurut baginda lagi, pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas dan adil akan meningkatkan keyakinan pengundi diperlihatkan melalui peratusan tinggi rakyat yang turun mengundi. 

Secara umumnya, istilah pilihan raya yang bebas dan adil merujuk kepada pilihan raya yang berkala, tulen, bersih serta kompetitif, selaras dengan prinsip-prinsip demokrasi, hak asasi dan keadilan asasi.

Titah baginda pilihan raya yang bebas dan adil membolehkan semua warganegara, parti, calon dan media menikmati hak asasi mereka.

“Pilihan raya yang bebas dan adil membolehkan warganegara, parti, calon dan media menikmati hak asasi mereka, merangkumi kebebasan bersuara, berpersatuan, bergerak dan berhimpun; bebas daripada ugutan, bebas dari tekanan dan bebas dari keganasan; serta bebas mendapat akses kepada maklumat dan kemudahan media,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian ketika berkenan melancarkan buku ‘Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir’ di di ibu negara, hari ini.

Titah baginda, untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil, SPR melalui petugas pilihan raya hendaklah memainkan peranan dalam membantu calon yang berhasrat untuk bertanding dan rakyat yang mahu mengundi.

Berpandukan Perkara 114(1) dan 114(2), Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah berfungsi sebagai sebuah badan bebas daripada pengaruh kerajaan mahupun parti-parti politik.

“SPR ibarat pengadil yang mengendalikan urusan persaingan antara calon-calon dan parti-parti politik semasa berlangsungnya pilihan raya.

“Oleh itu SPR wajib pada setiap masa bersikap berkecuali-tanpa memihak dan kelihatan secara nyata tanpa ragu bersikap kecuali-tanpa memihak, SPR diberikan amanah dan kuasa untuk memastikan pilihan raya berlangsung, dan kelihatan tanpa ragu, berlangsung secara adil dan bebas; urusan pengundian dipermudahkan dan rakyat tanpa gentar-tanpa tekanan-tanpa takut-tanpa gusar, bebas dan selesa mengundi secara rahsia,” titah baginda.

Tegas baginda, pilihan raya yang dilaksanakan secara bebas dan adil bukan sahaja meningkatkan keyakinan dan penyertaan rakyat malah akan menjadi piawaian antarabangsa akan tahap keutuhan hak asasi seseorang warganegara.

Cara sesuatu pilihan raya dikendalikan juga mencerminkan tahap pemikiran, intelek, kematangan, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, integriti dan amalan ketelusan pentadbiran sesebuah negara.

“Memilih kerajaan adalah urusan yang serius kerana nasib rakyat dan negara bergantung pada mereka yang diberikan kuasa untuk membentuk kerajaan.

“Perkara yang menjadi pertimbangan ketika melakukan pengundian hendaklah berdasarkan pemikiran yang rasional, berteraskan fakta, bukannya berasaskan emosi dan sentimen,” titah baginda.

Dalam ucapan baginda, Sultan Nazrin bertitah, golongan muda akan memiliki suara politik yang lebih dominan untuk memilih pemimpin dan menentukan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti susulan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan individu berusia 18 tahun dan ke atas mengundi.

Keputusan tersebut menjadikan lebih tujuh juta individu dijangka terdaftar secara automatik sebagai pengundi baharu, seterusnya menjadikan kira-kira 15 juta pengundi dalam usia 18 hingga 40 tahun menjelang PRU15.

Justeru, baginda menyarankan agar anak muda dibimbing agar memiliki tahap literasi politik yang berupaya memahami erti dan amalan demokrasi yang sihat lagi membina, memahami sistem kerajaan dan sistem pentadbiran, proses pembentukan kerajaan dan elemen-elemen yang wajib dimiliki oleh pemimpin.

“Anak muda perlu dibimbing untuk memiliki jati diri dan nilai-nilai moral yang betul, berpaksikan undang-undang, menolak rasuah dan sogokan, memiliki kematangan menilai antara yang makruf dengan yang mungkar, arif membezakan antara fakta dengan fitnah, bijaksana mengenali antara permata dengan kaca,” titah baginda.

Titah baginda, anak muda juga perlu diberikan cukup pendedahan dan pengetahuan mengenai elemen-elemen kenegaraan dan tatanegara.

Untuk itu, pembentukan sahsiah dan jati diri perlu dipupuk dan dijadikan komponen dalam kandungan pendidikan negara.




YA AMPOON

YA MAULANA

AMIN

INI MAKNANYA

MASIH ADA

TIPU DALAM

PILIHAN RAYA

AMIN

SENANG SAJE 

JAWABNYA

AMIN

TIPU PILIHAN RAYA

TURUN JALAN RAYA

KHALAS

AMIN

1 ulasan:

AktaHasutan1948 berkata...

skrip lama si tongong yang kalah pilihanraya.... ini kira lu punya jalan akhir la kalau pru esok satu kawasan bertanding 5 6 penjuru tapi PH lu kalah jugak...... wakakakakkakakaka

wei isham lu takde skrip baru ke... lu pun dah mandul idea ke.. wakakakkakaka