Dua premis jalankan aktiviti pelacuran disita
KUALA LUMPUR – Dua premis di Taman Connaught, Cheras dan di Jalan Klang Lama di sini ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana menyalahgunakan lesen kerana menjalankan aktiviti pelacuran.
Sewaktu siasatan dijalankan seorang penjaga warganegara Malaysia, empat pekerja Vietnam dan tiga pelanggan berada dalam premis tersebut.
DBKL telah bertindak mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3 (1) UUK Perlesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016. Beberapa alat elektrik/elektronik dan barangan turut disita.
Premis telah diambil tindakan tutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Manakala di premis kedua di Jalan Klang Lama, hasil siasatan dan pemantauan mendapati premis tersebut juga beroperasi dan menjalankan aktiviti rumah urut tanpa kebenaran DBKL
Ketika serbuan dijalankan tiada pekerja di dalam premis hanya seorang penjaga warga tempatan.
DBKL bertindak mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3 (1) UUK Perlesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016. Beberapa alat elektrik/elektronik dan barangan turut disita.
Premis tersebut telah diambil tindakan ditutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
2 ulasan:
masanya telah tiba untuk kembali ke "ayam kampung" .. harga tidak berubah tapi tetap segar bugar, padat dan sendat .. sedap, penuh kenikmatan sejati, tulen dan asli .. citarasa nusantara
X gitu tuan TT . .. ...
Harga ikan juga turut naik disebabkan harga dedak makanannya telah semakin naik.
...Persatuan Nelayan
Catat Ulasan