Rabu, 25 Mei 2022

MENTERI BANGANG



Indeks Harga Pengguna April 2022 naik 2.3%

INDEKS Harga Pengguna (IHP) bagi April 2022 meningkat 2.3% kepada 125.9 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Menurut laporan IHP April yang dikeluarkan, DOSM berkata kenaikan ini adalah melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga April 2022 (1.9%).

Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin berkata inflasi makanan pada April meningkat lebih tinggi pada 4.1% dengan 89.1% item makanan bagi kumpulan makanan dan minuman merekodkan kenaikan.

Ini diikuti restoran dan hotel (3.2%); pengangkutan (3%); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.7%); pelbagai barangan dan perkhidmatan (1.8%) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.3%), katanya dalam satu kenyataan.

Uzir menambah pendidikan mencatatkan peningkatan 1% manakala perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain menokok 0.8%.

Beliau berkata minuman alkohol dan tembakau serta kesihatan masing-masing meningkat secara marginal 0.5% dan 0.2%.

“Komunikasi pula kekal tidak berubah, manakala pakaian dan kasut turun 0.2% berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya,” katanya.

Mengulas mengenai laporan itu, ketua perangkawan itu menjelaskan kenaikan inflasi makanan yang menjadi penyumbang terbesar kepada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna, kekal sebagai penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.

“Inflasi kumpulan ini meningkat 4.1% pada April 2022 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Peningkatan bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol sebahagian besarnya berpunca dari kenaikan ketara komponen makanan di luar rumah yang meningkat 4.4% berbanding 4% yang dicatatkan pada Mac 2022,” katanya.

Uzir seterusnya berkata subkumpulan dalam makanan dan minuman bukan alkohol seperti susu, keju dan telur menunjukkan kenaikan tinggi sebanyak 7.2%, diikuti daging (6.2%), sayur-sayuran (4.5%) dan ikan serta makanan laut (3.8%).

Peningkatan harga sayur-sayuran disebabkan cuaca tidak menentu menjejaskan kematangan sayur-sayuran dan menyebabkan penyusutan bekalan di pasaran.

Selain itu, peningkatan harga ini juga disebabkan oleh peningkatan harga baja, kos logistik dan kekurangan sumber tenaga manusia di tapak pertanian, jelas beliau.

Peningkatan dalam kumpulan pengangkutan pula terutamanya disebabkan oleh peningkatan purata harga petrol tanpa plumbum RON97 kepada RM3.84 seliter berbanding RM2.55 seliter pada bulan yang sama tahun lalu.

Ini sejajar dengan kenaikan 63.3% harga minyak mentah Brent kepada AS$105.78 setong pada April 2022.

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2% berbanding Mac 2022, disumbangkan oleh makanan dan minuman bukan alkohol; pengangkutan; perkhidmatan rekreasi dan Kebudayaan dan Restoran serta hotel yang masing-masing meningkat secara marginal 0.4%.

Dalam pada itu, beliau berkata kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.1%).

Beliau turut menambah inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 2.3% daripada 123.6 pada April 2021 kepada 126.4 pada April 2022. – Bernama, 25 Mei, 2022.

 

TUNGGU NANTI

AKAN ADA

MENTERI BANGANG

BERSUARA

AMIN

INFLASI KITA

TAK SAMPAI 5%

AMIN

NEGARA LAIN

ADA 10 %

AMIN

MAT BEBAL

KATA LIHAT 

SRI LANGKA

TURKI

LEBANON

INFALASI 50%

MALAYSIA

MASIH RENDAH

AMIN

PUKEEE RAHAH

KALAU BOLEH

KITA SIATKAN

MULUT MALAON

INI BAGI BERES

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: