Isnin, 4 Julai 2022

TIDAK ADA PENANGGUHAN

Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding 

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk menangguhkan pihak pendakwaan daripada menyoal balasnya, sementara menunggu keputusan rayuan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, presiden Umno itu tidak akan diprejudis sekiranya soal balas diteruskan.

“Tiada keadaan khas untuk menangguhkan prosiding kerana pemohon (Zahid) belum memenuhi ambang. Beliau tidak dinafikan perbicaraan adil,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. 

Enggan membenarkan penangguhan, Sequerah berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.


Beliau juga berkata peguam Zahid boleh menemu bual saksi lain, termasuk ahli keluarga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

“Pihak pendakwaan juga akan membantu mereka (pembelaan) dalam mendapatkan saksi,” katanya.

Presiden Umno itu memfailkan permohonan penangguhan itu pada 23 Jun sementara menunggu keputusan rayuannya untuk mendapatkan keterangan saksi yang direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berhujah bahawa Zahid cuba menghentikan perbicaraan rasuahnya yang sedang berlangsung, yang bermula pada 2019.

“Pemohon (Zahid) menangguhkan perbicaraan untuk mahkamah menentukan keputusan akhir,” katanya dalam hujahannya.

Dengan tertuduh merupakan bekas timbalan perdana menteri, Raja Rozela berkata perbicaraan ini telah mendapat perhatian media, dalam dan luar negara.

Beliau berkata Zahid menghadapi pertuduhan berat dan, jika sabit kesalahan, hukuman itu akan membawa hukuman penjara yang panjang.

Beliau menegaskan bahawa Zahid tidak akan diprejudis sekiranya penangguhan prosiding tidak dibenarkan.

“Perbicaraan ini adalah peluang untuk beliau membela diri,” tambahnya.

Raja Rozela berkata perbicaraan bermula tiga tahun lalu dan Zahid telah membuat empat permohonan interlokutori setakat ini untuk menangguhkan kes itu.

Sementara itu, peguam bela Zahid, Hisyam Teh Poh Teik berhujah bahawa Zahid mahu kenyataan itu meletakkan “pembelaan yang lengkap dan menyeluruh”.

“Beliau tidak mahu memberikan pembelaannya secara berperingkat,” katanya, sambil menambah bahawa kenyataan saksi akan menguatkan keterangan Zahid.

Beliau berkata permohonan ini adalah antara perbicaraan cepat dan adil.

“Bagaimanapun, kepantasan tidak boleh dikorbankan demi keadilan. beliau berhak mendapat perbicaraan yang adil seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.”

Hisyam menyalahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara sejak dua tahun lepas untuk memerangi virus Covid-19 sebagai punca perbicaraan mengambil masa yang lama.

Zahid, 69, didakwa atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah (CBT) membabitkan jutaan ringgit Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri.

Dua belas daripada pertuduhan adalah untuk CBT, lapan untuk rasuah dan baki 27 adalah pengubahan wang haram.

Perbicaraan bersambung esok. – 4 Julai, 2022

TIADA ESOK

UNTUK NAJIB

AMIN

TIADA TANGGUH

UNTUK ZAHID

AMIN

ANAK BUNTING

BIAR DIA 

BERAK SENDIRI

KAH KAH KAH

TERUS TERUSKAN

HINGGA SELESAI

AMIN

AWAL WAHID

26 OGOS

MASUKAN NAJIB

DALAM PENJARA

AMIN 

BILA DAH MASUK

SEMUA AKAN

SENYAP

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Damage sebenar bila perbicaraan banyak tahi ulat keluar, semua habis keluar dalam dalam kah kah sebab tu mintak tangguh, supaya gerak gerak atur pru cepat lah kah kah, macam Bossku semua detail keluar satu per satu, ITU che Det nak, bukan pasal Kes pun tapi tahi tersembunyi selama ini biar ramai Rahu padan muma muka tak malu kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Semua yang berlaku dalam gelap dalam senyap keluar dalam bicara, kah kah amin