Rabu, 14 September 2022

GEROMBOLAN PARTI RASUAH


SPRM reman bekas setiausaha, bendahari UMNO cawangan Pulau Pinang


GEORGE TOWN – Bekas setiausaha dan bendahari bahagian UMNO di Pulau Pinang direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dengan mengeluarkan wang milik parti itu berjumlah RM600,364 untuk kegunaan peribadi.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 49 dan 73 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah George Town, Rosnee Mohd Radzuan bermula hari ini hingga 19 September depan.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dilakukan terhadap kedua-dua lelaki tersebut.

Mahkamah membenarkan kedua-dua lelaki itu direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kedua-dua suspek diwakili peguam, Norhisham Shaidi.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah George Town, di sini, pada jam 10.15 pagi dengan memakai baju lokap SPRM.

Dua lelaki itu ditahan SPRM Pulau Pinang semalam selepas menerima aduan mengenai penyalahgunaan kuasa ketika mereka memegang jawatan tersebut pada tahun 2018.

Lelaki berusia 49 tahun itu yang juga setiausaha UMNO cawangan disyaki menyalahgunakan kuasa dan bersubahat bersama bendahari cawangan dengan membuat pengeluaran wang yang mencurigakan dari akaun bank parti itu dengan beberapa transaksi.

Kedua-dua suspek dibawa ke mahkamah pada jam 10.15 pagi bagi mendapatkan permohonan reman.

Mereka juga disyaki membuat pemindahan wang dari akaun bank sama kepada sebuah yayasan pendidikan dan kebajikan milik bersama untuk kepentingan peribadi yang mana mereka merupakan pengarah yayasan tersebut.

Difahamkan, secara keseluruhan siasatan SPRM mendapati jumlah pengeluaran itu bernilai  RM600,364. –

WOIT

WAJIDI

KAH  KAH KAH

INI LAGI BUKTI

UMNO PENUH

RASUAH

KAH KAH KAH

INI KES REMBAT

DUIT UMNO

KAH KAH KAH

NAJIB REMBAT

DUIT NEGARA

AMIN

MALAON INI

SAKAU DUIT PARTI

KAH KAH KAH

LU NAK CAKAP

APA 

KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, cara org umno berfikir mudah sangat. Kalu ada chan curi wang kita mestilah curi sbb kalu kita tak curi ada orang lain yg akan curi. Rugilah kita. Pulak tu duit yg dicuri tu duit kerajaan bukan duit polan bin polan atau duit DAP yg dorang nak sibuk. Sumer orang balun sakau duit bila ada kesempatan. Menteri, ketua jabatan, penguatkuasa tempatan, imegresen, majistret, polis, lebai sumer balun bro. Dorang lg banyak sakau apalah kita takat seratus dua ribu. PM curi sampai billion kita bertimbang rasa jugak ambik ratus ribu je tu pun sekali ni je pasni kita gi mekahlah mintak ampun. Kita bukan bunuh orang, rogol atau buat aksi amang seksual dgn budak bawah umur. Dorang tu lg teruk. Minda ketuanan melayu.