Rabu, 14 September 2022

TIGA SOALAN UNTUK TENGKU MAIMON



Tengku Maimun masih belum jawab tiga soalan, kata Puad


KUALA LUMPUR –  Puad Zakarshi mengulangi tiga pertanyaan kepada Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang didakwa masih belum dijawab berhubung kes membabitkan Najib Nazak.

Tiga persoalan itu ialah betulkah permohonan Najib untuk menggunakan Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw Peguam ditolak kerana beliau tidak fasih berbahasa Melayu.

Dan jika benar, apakah Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand dalam kes Teoh Beng Hock fasih bercakap bahasa Melayu.

Seterusnya, Puad berkata, alasan permohonan Najib mahu menggunakan Laidlaw ditolak kerana peguam dari Malaysia cukup pakar.

Tetap kenapa Jabatan Peguam Negara boleh mengguna Gopal Seri Ram, seorang peguam swasta jadi pendakwa.

Apakah negara tidak ada pendakwa raya yang pakar setelah 65 tahun negara merdeka

Tambahnya, Najib memohon Ketua Hakim Negara menarik diri kerana suaminya adalah penyokong pembangkang secara terbuka.

Masalahnya kenapa Ketua Hakim Negara sendiri yang menjadi hakim sama ada dia perlu tarik diri atau tidak.

”Cukuplah tiga soalan itu diulang balik. Tolong jawab secara terbuka,” katanya walaupun permohonan Najib sudah ditolak.

Persoalan itu dikemukakan Puad selepas Tengku Maimun menggesa ahli politik dan masyarakat digesa membaca serta memahami alasan penghakiman sesuatu kes mahkamah terlebih dahulu sebelum mahu membuat sebarang kenyataan dan kesimpulan.

Ketua Hakim Negara berkata, kebanyakan komen yang menyerang sistem kehakiman, terutamanya selepas keputusan mahkamah membabitkan Najib Nazak berdasarkan sentimen semata-mata.

Tegasnya, komen dan serangan yang dibuat menunjukkan mereka tidak membaca alasan penghakiman serta tidak memahami undang-undang, sekali gus membawa kepada kenyataan dan ulasan yang tidak relevan.

Berikutan itu, Tengku Maimun meminta mereka membaca dan memahami sesuatu isu, selain bertanya pada pakar sebelum membuat kesimpulan.

Tegasnya, tindakan membuat kesimpulan dan kenyataan tanpa pemahaman adalah tidak adil dan hanya akan mencetuskan situasi yang huru-hara.

“Jika tidak faham, tanya. Jika sudah baca (alasan penghakiman) dan tidak faham, tanya pada individu yang tepat. Jangan begitu mudah membuat kesimpulan tanpa kefahaman penuh. Ini perkara asas.

“Jika kamu tidak faham, tiada asas pengetahuan, tidak memahami sepenuhnya, tapi kamu buat kenyataan. Ini tidak betul,” katanya.

Tengku Maimun berkata demikian bagi mengulas serangan terhadap institusi kehakiman oleh beberapa pihak ketika ini, susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – 




WOIT

INI JAWAPAN

KAH KAH KAH

TUJUAN JELAS

PENCURI WAJIB 

DI DENDA

AMIN

SRI RAM BIJAK

TU PASAL  NAJIB

TU PASAL ROSMAH

NAK TENDANG

PEDAKWA YG BAIK

AMIN

KALAU TAK BIJAK

KENAPA NAK

TENDANG SRI RAM

KAH KAH KAH

BETUL PORNTHIP

TAK TAHU BM

TAPI DIA BUKAN

PEGUAM

AMIN

DIA PAKAR RUJUK

TENTANG MAYAT

AMIN

LAIDLAW 

PEGUAM UK

NAK MASUK 

MAHKAMAH 

BERHUJAH 

AMIN

JUSTERU DIA

WAJIB LULUS

PEREKSA YG

DI JALANKAN OLEH

MAJLIS PEGUAM

MALAYSIA

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak ada modal lain, cakap tanya soal cukup mudah, Najib masih banyak duit, senang nak kaut dari laki bini, kalau peguam moto utama bikin duit, pencacai penyokong penyamun sebab apa ? Sebab sayang? Sebab kesian? Sebab pendekar? Sebab pejuang ? Kah kah kah mestilah duit money USD kah kah kah kerana bangsa negara agama semua tu amin

Tanpa Nama berkata...

TT, gwa baca keputusan mahkamah. Pokoknya, Najib tahu ada duit RM42,000,000 masuk akaun. Najib tak tanya siapa punya duit. Najib tak lapur pihak berkuasa berkenaan duit itu. Najib guna duit itu. Najib tak kemuka bukti duit RM42,000,000 yang dia punya. Atok dan nenek gigi dua pun tahu ini kes terang-terang kes curi. Tak payah gaduh pasal peguam atau hakim.

Nazrio berkata...

Dr Pornthip pakar patologi dari Thailand bukan peguam dia pakar yg kena soaL jawab dengan peguam. kenapa bongoK sgt umnQ ni the bekos

Tanpa Nama berkata...

Zakarkichi ni bangang, dah kono nasi kangkang Najib.

Tanpa Nama berkata...

Sudah di bilang 'supply' line wang si lanun tuh perlu sangat sangat di 'PURGE'...lanun declare harta-benda alah dia cuma 4 juta tapi...

- duit fees kes SRC selama 4 tahun jer dah banyak gila...
- kes 1MDB ada lagi berapa kes berjalan
- turun naik court keluar masuk jel dah berapa cost
- tukang karut dan tukang temberang luar court lobakman, shamjalil tambah lagi sizakarnih berapa banyak kena hulur...belum masuk tukang pekek luar mahkamah!
- belum masuk anak terangkat anak jati anak sangkut tukang tebar cerita sakit, nelson mandela samakan cerita para nabi lagi...itu semua adalah pembawa beg (bags carrier)

woi kalau serious sekat perjalan duit dia...bukan duit dia pun...duit songlap...kasi gerun sikit baru tahu aliran duit kena sekat samada dia ceret beret atau semput....harta 4 juta belanja ratus juta...tak kan tak nampak benda alah simple gitu???