Ahad, 2 Oktober 2022

APA DIA TEKAN DALAM BAHASA INGGERIS


PM mesti runding Kabinet sebelum nasihati Agong bubar Parlimen, kata Hamzah

SEBARANG keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mengambil kira pandangan jemaah Kabinet, kata Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Bersatu itu berkata, Umno tidak mempedulikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan apabila menggesa Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan tahun ini.

Hamzah berkata, walaupun Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mempunyai kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara itu, beliau perlu mendapatkan pandangan jemaah Kabinet terlebih dahulu sebelum menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Apa yang penting, Perdana Menteri boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen selepas berbincang dengan Kabinet.

“Kalau kerajaan yang ada hari ini baik, sepatutnya diteruskan sehingga tamat tempoh,” katanya seperti dipetik dalam laporan berita hari ini.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, Ismail Sabri akan membentangkan tarikh cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, kerajaan kini tidak dipimpin oleh mana-mana parti dominan dan sebarang keputusan untuk membubarkan Parlimen perlu dilakukan selepas berunding dengan semua pihak.

“Orang kata, tak payah, (sebab) dulu-dulu tak payah (bincang di Kabinet). Dulu-dulu tak payah kerana ia dominan, satu parti saja BN, sekarang ini banyak parti dalam kerajaan.

“Ada orang kata, tak boleh sebab Perdana Menteri itu berkuasa, beliau boleh pecat semua ini untuk beliau buat keputusan. Tak apalah, beliau pecat saja menteri-menteri yang lain dari parti beliau, maknanya beliau sudah hilang majoriti,” katanya..

Ismail mengetuai pakatan rapuh tiga gabungan utama yang hanya memegang 114 kerusi dalam kalangan 220 ahli Parlimen. Pakatan Harapan menguasai 88 kerusi Parlimen. – 2 Oktober, 2022.

WOIT

KAH KAH KAH

MAIL DAH BLUR

LUPA TENTANG

SYARATTON

KAH KAH KAH

LUPA AKAN JANJI

DENGAN MUHYIDIN

KAH KAH KAH

KESIAN MAIL 

ZAHID TEKAN

HAMZAH TEKAN

MUHYIDIN TEKAN

SAMPAI TAK SEMPAT

NAK LIHAT KAMUS

NAK CARI

MAKNA TEKAN

DALAM 

BAHASA INGGERIS

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: