Isnin, 31 Oktober 2022

AWAS ! JANGAN TERPERANGKAP


2 kakitangan hospital ditahan rosakkan kolam Deepavali

DUA pekerja sebuah hospital swasta di Klang ditahan kerana merosakkan kolam Deepavali di kemudahan itu.

Polis berkata seorang daripada pekerja merosakkan kolam manakala seorang lagi merakam perbuatan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara S. Vijaya Rao berkata kedua-dua mereka ditahan malam tadi ketika hadir di ibu pejabat polis daerah.

Kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu direman tiga hari bermula hari ini.

Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 298A kanun keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian agama.

Video salah seorang suspek yang memakai baju Melayu berjalan di atas kolam menjadi viral semalam.

KPJ Healthcare yang merupakan lokasi kejadian itu berlaku juga sudah melancarkan siasatan. 

Mereka berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya kakitangan hospital terbabit dalam kejadian itu. – 31 Oktober 2022.

AWAS !!!

JANGAN 

DIPERANGKAP

DENGAN KEMPEN

AGAMA & KAUM

AMIN

KITA HIDUP

SESAMA KITA

AMIN

SEMUA AGAMA

SAMA 

AMIN

AJAR PENGANUT

UNTUK BUAT BAIK

HORMAT SATU 

SAMA YANG LAIN

AMIN

DUNIA INI MILIK

KITA BERSAMA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini kerja bodoh atau sengaja diupah? Nampak sangat bodoh 3.8 pointer atau diupah kacau bilau perpaduan, monyet di hutan pun tahu, sensitive agama, sensitive kaum, sengaja kot pasti ada cui Bono, pasti ada pihak nak kaut untung, kah kah kah Deepavali dah habis pun, nak kacau pasal apa? Siap pakaian baju Melayu lagi,. pekerja hospital pakai baju Melayu kah untuk kerja? Guna otak guna akal fikiran kah kah kah orang cerdik akan fikir, orang Bodoh akan cakap kacam macam biar Polis aturkan segala kah kah kah siapa untung

Nazrio berkata...

pemimpin2 masyarakat dan isLamik dan Hinduism schoLars tak pernah duduk2 sekaLi bincang2 apa itu "koLam" .... ntah apa erti KEMERDEKAAN kita ni.... 70 80 tahun merdeka bersama pondarmonek umnQ