Selasa, 25 Oktober 2022

BENTUK POLITIK HARI INI


Lubnan gagal pilih Presiden kali keempat

PARLIMEN Lubnan sekali lagi gagal melantik Presidennya buat kali keempat bagi menggantikan Presiden Michel Aoun.

Kini ditadbir kabinet sementara, Lubnan dilanda krisis ekoran penggal presiden semasa bakal tamat hujung bulan ini.

Speaker Parlimen Nabih Berri memanggil wakil rakyat untuk mengundi sekali lagi pada Khamis lalu dengan harapan dapat menemui titik penamat daripada hujah yang berlarutan.

Seramai 50 wakil rakyat daripada 128 kerusi Parlimen itu tidak mengundi.

Peraturan pemilihan memerlukan dua pertiga ahli dewan bermakna tiada satu parti atau perikatan boleh melaksanakan pengundian.

Lubnan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sepenuhnya sejak Mei.

Jawatan presiden sudah beberapa kali kosong sejak Perang Saudara 1975-1990.

Kemelesetan kewangan Lubnan menyebabkan kemerosotan mata wang lebih daripada 90 peratus, sekali gus meningkatkan kadar kemiskinan dan melumpuhkan sistem kewangan. – AFP,  24 Oktober, 2022.

PERHATIKAN

DENGAN TELITI

AMIN

DUNIA SEDANG

MENGARAH KE

TIDAK STABILAN

AMIN

DIMANA MANA

KEADAAN HAMPIR

SAMA

AMIN

MASALAH EKONOMI

MASALAH POLITIK

IKAT BERIKAT

AMIN

TAHUN DEPAN

EKONOMI DUNIA

AKAN LAGI TERUK

AMIN

POTENSI PERANG

UKRAINE MEREBAK

AMIN

POTENSI PERANG

NUKLEAR

AMIN

KITA JUGA AKAN

HADAPI MASALAH

YANG SAMA

AMIN

SILA AMBIL

PERHATIAN DAN

BERSEDIA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takyah labun bro..sejak dulu lagi dunia tidak stabil..sejak zaman firaun lagi tak stabil sb kelahiran nabi yahudi musa as.zaman muhamad pun tak stabil..krisis dunia adalah krisis pemimpin..kisah berebut harta rompak juga bole dilihat ketika ini..zaman baitul hikmah pun tidak stabil..harga telur tak stabil, anwar tak stabil, zahid jawa tak stabil kalo umno bn kalah, ismail penyu tak stabil kalo zahid menang sb mail bawak wawasan blurbery..stabil bermaksud anak dan isteri2 selamat dari miskin harta dunia, tanpa harta dunia harta akhirat sukar diperolehi..si miskin berpahala haya dgn senyuman, si kaya berpahala lebih besar dgn menjual syurga neraka di batu hitam..ada syurga utk org2 kaya..maka defini stabil itu cubaan utk menakotkan umat.PH menang, istana stabil tak?