Sabtu, 29 Oktober 2022

PARTI ISLAM DEMOKRAT


Amanah letak 15 muka baharu di Perak

AMANAH Perak akan menurunkan 15 calon muka baharu daripada keseluruhan 26 calon untuk kerusi Parlimen dan negeri yang bakal ditandingi parti itu atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi berkata parti itu akan bertanding di enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi negeri, iaitu pertambahan dua kerusi Parlimen dan lapan kerusi negeri berbanding pilihan raya umum pada 2018.

“Tiga calon Parlimen adalah muka baharu,” katanya pada sidang media di Ipoh, Perak.

Amanah juga katanya menampilkan  sembilan calon muda berusia bawah 40 tahun.


Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof dan Dr Mohd Hatta Ramli akan mempertahankan kerusi parlimen masing-masing di Parit Buntar dan Lumut.

Asmuni pula akan mempertahankan kerusi negeri Manjoi, bersama bekas menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin yang bertanding di Sungai Rapat dan Yahaya Mat Nor di Pasir Panjang.

Asmuni bagaimanapun mendakwa tidak tahu menahu tentang pencalonan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang diumum oleh PKR akan bertanding di Perak.

“Itu saya tak tahu. Saya tak ada maklumat ini. Elok semak dengan dia sendiri,” katanya.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak Muhaimin Sulam semalam bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, Nik Omar akan bertanding di Parlimen Pasir Salak, yang dianggap kubu kuat Umno.

Kelmarin, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan Nik Omar sebagai calon PH bertanding di Perak, bersama enam lagi calon bukan dari jalur parti politik tetapi profesional pelbagai bidang termasuk yang mewakili golongan orang kurang upaya (OKU).

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata pencalonan golongan profesional itu bukti PH mendengar dan memahami keresahan rakyat yang kurang yakin serta sudah hilang percaya pada parti politik dan ahli politik.

Pada PRU14, Nik Omar bertanding atas kuota Amanah di kerusi negeri Chempaka di Kelantan tetapi kalah dan hilang wang pertaruhan.

Berikut senarai penuh calon Amanah bagi PH di Perak: 

PARLIMEN:

P56 Larut: Zolkarnain Abidin

P57 Parit Buntar: Dr Mujahid Yusof Rawa

P59 Bukit Gantang: Fakhruldin Mohd Hashim

P67 Kuala Kangsar: Ahmad Termizi Ramli

P69 Parit: Nurthaqaffah Nordin

P74 Lumut: Mohd Hatta Md Ramli

NEGERI:

N01 Pengkalan Hulu: Mohd Saad Ismail

N04 Kota Tampan: Mohd Sabri Abdul Manaf

N05 Selama: Razali Ismail

N06 Kubu Gajah: Mohd Nazri Din

N08 Titi Serong: Muhammad Nakhaie Wahab

N11 Gunung Semanggol: Sheikh Khuzaifah Sheikh Abu Bakar

N12 Selinsing: Ahmad Saqif Ansarallah Ahmad Jihbaz Mokhlis

N14 Changkat Jering: Megat Shariffudin Ibrahim

N16 Kamunting: Muhd Fadhil Nuruddin

N20 Lubok Merbau: Zaiton Latiff

N23 Manjoi: Asmuni Awi

N35 Manong: Mohd Jamsari Mahamood

N39 Belanja: Mohd Ikhmal Mohd Iskandar

N44 Sungai Rapat: Dr Mohammad Nizar Jamaluddin

N48 Ayer Kuning: Mohd Nazri Hashim

N50 Kampong Gajah: Mohd Syamsul Alauddin

N51 Pasir Panjang: Yahaya Mat Nor

N53 Rungkup: Ahmad Munzirie Ahmad Kabir

N56 Changkat Jong: Muhaimin Sulam

N59 Behrang: Khairol Najib Hashim – 28 Oktober, 2022.

AMANAH

PARTI ISLAM

DEMOKRAT

AMIN

PARTI MASA 

DEPAN UNTUK

NEGARA KITA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: