Sabtu, 29 Oktober 2022

SUARA DON MADEY


Saya sanggup lupakan perbuatan khianat Muhyiddin, kata Dr Mahathir


PENGERUSI Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup merendahkan diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Muhyiddin Yassin terhadapnya bagi membolehkan GTA dan Perikatan Nasional (PN) bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Bekas perdana menteri itu berkata parti pembangkang hanya boleh mengalahkan Umno dengan cara bekerjasama dan atas sebab itu beliau memilih mengusulkan perkara itu kepada Muhyiddin, namun ditolak oleh Pengerusi PN itu.

“Kita pun fikir takpalah kalau pun dia (pernah) tikam belakang (saya) kerana demi bangsa, negara, agama kita, kita sanggup rendahkan diri nak bersama dengan Muhyiddin, walaupun dia buat khianat saya, tak apalah saya boleh lupakan perkara itu.

“Tetapi bila kita cuba nak kerjasama dengan Muhyiddin tetapi dia jawab dia tak nak kerjasama dengan siapa sahaja, bukan main sombong,” katanya ketika berucap pada Program Rapat Umum GTA Kedah, di Alor Setar malam tadi.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pejuang dan penyandang kerusi Parliamen Langkawi, mendakwa Muhyiddin yakin PN boleh memenangi PRU15 tanpa perlu bekerjasama dengan mana-mana pihak dan masih berminat untuk menjadi perdana menteri buat kali kedua.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Penaja GTA Mukhriz Mahathir berkata GTA menyasarkan untuk bertanding sekitar 120 kerusi Parlimen dan pengumuman calon akan dibuat pada 2 Nov ini.

“Kita akan buat majlis pengenalan calon kesemuanya pada 2 November ini di pusat, tapi dari semasa ke semasa kita akan buat pengumunan dua tiga calon di peringkat negeri atau pun di pusat.

“Keseluruhan kerusi sasaran kami GTA akan bertanding di 120 kerusi tapi angka itu akan dimuktamadkan kemudian, mungkin lebih mungkin kurang.  Di Kedah, tidak kurang 10 kerusi Parlimen akan ditandingi,” katanya. – Bernama, 29 Oktober, 2022.              

INI SIKAP

GODFATHER

DON MADEY

AMIN

BERJIWA BESAR

DEMI HALANG

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

AMIN

EGO ANGKUH

SOMBONG 

SEMUA

TOLAK TEPI

AMIN

YANG PENTING

HALANG PERASUAH

PENCURI KEMBALI

BERKUASA

AMIN

RAKYAT DIDULUKAN

EGO DI KAMBUS

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Musim pilihanraya ini manusia nak jadi why bee amat lah terbaik, ucapan terbaik, kupasan isu terbaik, turun padang jumpa belalang sebab nak undi, semua kaum sama sebab undi penting, tujuan satu saja nak menang, nak why bee nak jawatan nak madu nak kereta free nak minyak free semua boleh mintak, mereka bagi nak apa lagi, suruh turun harga Barang, suruh turun harga minyak, suruh turun harga told, ha ha ITU tak dapat sebab belum jadi kera kah kah kalau percaya lagi entah lah serban atau tidak kah kah kag

yusoferman berkata...

Kalau dulu sudah Tun pujuk, Tun nampak berjiwa besar. Kalau skrg, Tun nampak terkeseng-keseng. Orang yang terlibat dengan politik hanya memikirkan cara nak menang, orang di luar politik muntah melihat sandiwara.

Tanpa Nama berkata...

Atok Madey, tak ada siapa percaya Atok lagi, tak ada sapa mahu kawan sama lu, kenapa lu mahu jilat ludah? Biar seorang seorang lawan semua tempat atau bersara terus? Duit lu sudah banyak, anak anak lu semua pandai meniaga sampai billion ada rumah, apa susah, mahu selamat siapa lagi? Mahu selamat Melayu? Mahu selamat islang? Mana satu lu mahu selamat sekarang? Kah kah kah boleh tipu satu orang boleh tipu banyak orang tapi mahu tipu satu Malaysia ada susah sikit atok, kah kah kah