Selasa, 1 November 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR ANNUAR MUSA


Annuar Musa akui tidak dijemput ke pengumuman calon BN 


ANNUAR Musa mengesahkan beliau tidak dijemput ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur, malam ini, sekali gus mengukuhkan spekulasi beliau tidak dicalonkan oleh parti bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Penyandang kerusi Parlimen Ketereh berkata beliau bagaimanapun “tidak mahu mendahului qadak dan qadar” yang ditentukan Tuhan.

“Kalau ada jemputan, saya pergi. Kalau tak ada jemputan, saya memang sudah ada program penuh sampai malam ini (di Kelantan). Saya bekerja ikut jadual saya,” katanya pada sidang media di Kota Bharu.

Annuar adalah antara sekurang-kurangnya 10 penyandang dari Umno yang disebut-sebut akan digugurkan.

Annuar, calon pilihan raya sejak 1986, juga berkata beliau tidak mahu terburu-buru membuat keputusan sebaliknya akan berbincang dengan penyokong dan jenteranya di Ketereh.

Katanya, beliau mahu memikirkan jalan politiknya ke hadapan dengan tenang – “tidak boleh mengamuk dan marah” – kerana baginya senario politik sudah berubah dan pilihan untuk bertanding juga banyak.

“Sekarang kalau tidak duduk dalam parti kerajaan pun, di luar pun ada parti lain juga parti kerajaan. Ini kerana senario politik nasional sudah berubah.

“PAS pun parti kerajaan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun parti kerajaan. Semua di bawah perdana menteri yang sama. Tepuk dada tanya selera,” katanya.

Setakat ini, katanya, beliau menyerah urusan pemilihan calon kepada parti dan memahami proses berkenaan.

“Saya tidak akan melobi, tidak akan meminta-minta, tidak akan merayu. Kita serah bulat-bulat pada parti,” katanya.

Annuar sebelum ini berkata sekiranya bertanding PRU15 beliau hanya akan bertanding di Ketereh dan tidak di tempat lain.

Annuar, bekas setiausaha agung Umno, jadi calon BN lapan kali pilihan raya umum sejak 1986.

Beliau menang kerusi negeri dua kali iaitu Peringat pada 1986 dan Kok Lanas pada 2004.

Beliau juga menang tiga kali kerusi parlimen pada 1995 mewakili Peringat dan kemudian mewakili Ketereh pada 2013 dan 2018. – 1 November, 2022.

WOIT

 ANNUAR MUSA

DI GUGUR

INI TANDA

ZAHID ADA

KUASA MUTLAK

AMIN

BAGIMANA DENGAN

MAIL BERA

DI JEMPUT DATANG

ATAU TIDAK

KAH KAH KAH

PARAH MAKIN

PARAH

KAH KAH KAH

INI BERITA BAIK

UNTUK PAKATAN

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Hoi hoi yahoi ..akhirnye penyamun dengan penyamun bergadoh ..gwa tak tahu apa lagi yang tak cukop ..babi pon bila dah kenyang tahu berhenti melahap ..

Tanpa Nama berkata...

Kerja politik cukup susah, nak jaga anak beranak, nak jaga bini, nak jaga pak saudara mak saudara, kuncu kambing itik ayam semua kena jaga, kena bagi kerusi kena bagi meja kena bagi gaji kena bagi kereta kena bagi minyak, mana tahan woit, satu Malaysia lingkup jaga anak beranak gerombolan sdn Bhd ini kah kah kah sampai meluat tugas khas, jawatan khas, menteri khas semua khas lah nak jaga punya pasal, kah kah tapi soal pokok siapa bayar gaji, duit rakyat jugak, berapa orang jaga satu portfolio? Mampooos tanggung luak puak ini woit kah kah jahanam

wabwas berkata...

Berita baik apanya.. zahid sedang membina istana untuk clan nya di putrajaya ada la

Tanpa Nama berkata...

tidak mahu mendahului qadak dan qadar” yang ditentukan Tuhan.

jika merekrut tuhan boleh menaikkan nilai islam dan iman seseoramg, malaon ini tentu akan jadi insan kamil di langit apatah lagi di bumi.
adapun malaon penyamun pencuri waktu di hari2 akhir nak melingkup dan diheret ke penjara memang bermulut para wali dan kiyai.
kita semua pun jadi bodoh terngamga waktu disebut qadak qadar ke sana tuhan ke sini tuhan.
si zahid jawa jika disabit kes lepas ini memang akan jaja nama tuhan ke sana ke mari?

Gwa tolong sebut Aaamiiinnn.