Pakatan ada 100 kerusi dalam tangan, kata Anwar
SEBUAH badan pemikir PKR mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempunyai 100 kerusi Parlimen di dalam tangan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Menurut Anwar Ibrahim, Invoke - sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh timbalan presiden Rafizi Ramli mendapati dalam kajian baru-baru ini ketua pembangkang itu mendahului dan boleh menjadi perdana menteri ke-10 negara.
“PKR perlu bekerja keras untuk sekurang-kurangnya memenangi 12 kerusi lagi bagi menjadikan PH sebagai kerajaan semula.
“Kajian menunjukkan kita mencapai 100 kerusi dan 12 lagi untuk membentuk kerajaan,” kata Anwar dengan memetik kajian itu pada ceramah di Perak malam tadi.
Keyakinan Anwar itu muncul ketika Straits Times Singapura semalam melaporkan pandangan umum terhadap Barisan Nasional kini lebih rendah berbanding pada 2018 apabila gabungan itu kalah dalam pilihan raya umum buat kali pertama dalam tempoh 60 tahun.
Tinjauan bebas Merdeka Center for Opinion Research mencadangkan tahap kepuasan terhadap kerajaan pada September berjumlah 38% lebih rendah daripada 39% pada April 2018.
Laporan itu juga mengatakan unjuran dalaman BN adalah ia mampu memenangi sehingga 80 kerusi - jauh di bawah 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.
BN dikatakan bergantung kepada parti Sarawak dan Sabah untuk memberikan jumlah yang mencukupi untuk sebuah kerajaan.
Sementara itu Anwar berjanji untuk menjadikan kerusi Parlimen Tambun sebagai tumpuan pelancong.
“Tambun berpotensi kerana terdapat banyak tempat cantik yang boleh dijadikan destinasi pelancongan
“Beri saya peluang untuk menjadikan Tambun sebagai destinasi pelancong,” katanya.
Pada Jumaat Anwar berkata keputusan untuk bertanding di kerusi berbeza dalam pilihan raya hanya dibuat selepas memastikan momentum kemenangan kekal kukuh di kerusinya sebelum ini.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dan penyandang Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata perpindahan ke kerusi Tambun pada pilihan raya umum 19 November ini diputuskan hanya selepas kajian menyeluruh kawasan itu dibuat. – 31 Oktober 2022.
4 ulasan:
Tak join GTA Ka? Madeey tgh Cari Non governmental Individual. NGI. Kah Kah Kah!
100 kerusi dianggap adequate atau ada di kuwait?
Atau temberang juga?
Amin
Kah kah kah jangan confident sangat woit, I got the numbers dah cerita lama, sebelum apa apa mulut boxing kiri kanan sebab susah nak jadi betul, awal awal hulur batang Pisang kat dia kah kah hubaya budaya orang Melayu islang jadi mangsa rasuah, kesian oh kesian, terima rasuah kerana jadi mangsa bukan sebab nak kaya Raya bukan sebab nak enjoy menjoy kah kah kah inilah level parti pelacur sekarang, selepas tok guru semua hancur kah kah kah
I got the numbers...kwang kwang kwang kalau Agong pun dia kelentong nih kan pulak B40...errr B40 nih bukan kelas bawah 40 % ya tapi Bingai 40 kali!
Catat Ulasan