Jumaat, 4 November 2022

KOBID TERUS MENGGANAS


Kes harian Covid-19 meningkat 4,711, lapor KKM


KES jangkitan harian Covid-19 di Malaysia meningkat untuk hari kesembilan berturut-turut apabila Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 4,711 kes baharu semalam.

Jumlah jangkitan baharu ini mengatasi pesakit yang pulih, sekali gus menjadikan kes aktif kini berjumlah 34,609.

Tiada kematian berkaitan koronavirus dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,480.

Selangor menyumbang 1,609 kes, Kuala Lumpur (1,168) dan Putrajaya (111), yang menjadikan Lembah Klang menyumbang kepada 2,888, atau 61% daripada kes baharu.

Negeri dan wilayah lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Perak dengan 391, Negeri Sembilan (299), Pulau Pinang (232), Sabah (215), Melaka (149), Kedah (135), Kelantan (128), Pahang (79), Sarawak ( 75), Johor (60), Terengganu (41), Labuan (14) dan Perlis (5).

Data menunjukkan 32,956 orang (95.2%) berada menjalani kuarantin di rumah dan 1,586 (4.8%) di hospital.

Terdapat 67 pesakit dalam unit rawatan rapi dengan 47 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Awal minggu ini, menteri kesihatan sementara Khairy Jamaluddin memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan Covid-19 dan menggesa orang ramai untuk terus berwaspada pada setiap masa.

Beliau menggalakkan orang ramai terus memakai pelitup muka di ruang yang sesak dan tertutup dan mengesyorkan rawatan Paxlovid untuk pesakit berisiko tinggi. – 4 November, 2022.

KITA KEMBALI

KE WILAYAH

ITU SEKALI

LAGI

AMIN

UNTUK SELAMAT

KITA IKUT C.U.H

CARA UNTUK HIDUP

AMIN

TIDAK ADA JALAN

LAIN MELAINKAN

KITA JAGA KITA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Siapa percaya angkat tangan? YB jadi Munke pun kena tendang ke SG Buloh kah kah kah, siapa jaga portfolio dia sekarang, ingat lah lagi kurang orang keluar pangkah lagi confirm penyamun menang, ITU lah strategy utama Cuba fikir fikiran kan ya kah kah kah akan semakin meningkat nanti

Tanpa Nama berkata...

Belajar statistics semula. Dulu belajar statistics dlm BI ada variables yg dipanggil directly proportional. Skrg baru teringat maknanya apabila hubungan antara pilihanraya dgn kobid 19 adalah directly proportional. Ilmu tak akan dimakan masa