Rabu, 25 Januari 2023

HUJAN MASIH TURUN - BANJIR MASIH ADA


Johor dijangka terima hujan lebat hingga hujung minggu ini

JOHOR dijangka terus menerima hujan lebat hingga hujung minggu ini susulan terdapat perubahan ketara pada cuaca setempat di lokasi tempatan serta kadar keamatan (intensity) hujan di beberapa lokasi.

Pengarah Pelestarian Kampus Universiti Teknologi Malaysia Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berkata Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai fasa Monsun Timur Laut yang menyebabkan keadaan hujan lebat ini. 

Justeru, beliau yang juga Pensyarah Kejuruteraan Alam Sekitar dan Pelestarian UTM, berkata rakyat negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir, selain sentiasa mendengar arahan pihak berkuasa.

“Kita kini berada dalam fasa Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir awal Mac ini. Sepatutnya (fasa kekerapan hujan lebat) berakhir pertengahan Januari seperti tahun sebelumnya tapi kelihatan terdapat perubahan ketara hingga ke Februari dan Mac, manakala pada April akan berlaku peralihan monsun yang menyebabkan keamatan hujan berkurangan.

“Oleh itu, kita dapat lihat trend keamatan taburan hujan yang tinggi seperti di Segamat, Kota Tinggi dan Kluang dalam beberapa hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di Johor Bahru hari ini.

Mohd Fadhil berkata pelbagai faktor mempengaruhi perubahan cuaca antaranya taburan angin di kawasan tropika, iaitu perubahan sedikit pun akan mempengaruhi atau membawa perubahan ketara kepada cuaca mikro di kawasan tempatan serta luruan angin monsun.

“Contohnya, di Johor Bahru baru-baru ini hujan lebat melebihi tiga jam tetapi di lokasi lain taburan hujannya sederhana dan ini disebabkan pengaruh cuaca mikro,” katanya.

Selain itu, menurutnya kadar purata keamatan hujan sebanyak 110 milimeter (mm) yang direkodkan di 23 stesen hujan di Segamat semalam, disifatkan sangat tinggi yang boleh mengakibatkan banjir berbanding kadar purata keamatan hujan minimum sehari sebanyak 10 hingga 15mm.

 “Saya rasa pihak berkuasa banyak mengeluarkan maklumat awam, analisis dan informasi awal berkenaan banjir, jadi bergantung kepada agensi dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk buat tindakan supaya komuniti siap siaga.

“Saya pasti Jabatan Pengairan dan Saliran juga sudah mula menggerakkan usaha penyelenggaraan sungai serta parit sebagai usaha berterusan. Yang penting, kena ada kesedaran di pihak masyarakat supaya jangan membuang sampah serta buat persediaan lain bagi mengurangkan impak banjir,” katanya.  

Mengikut data laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, daerah Kota Tinggi dan Kluang turut mencatatkan kadar purata keamatan hujan yang tinggi, masing-masing menerima 148 mm di 18 stesen dan 116 mm di tujuh stesen cerapan hujan semalam.

Setakat 2 petang ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat kepada 4,207 orang daripada 1,164 keluarga yang kini ditempatkan di 45 pusat pemindahan sementara di Segamat, Muar, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Mersing. – Bernama, 25 Januari, 2023.

AWAS

HUJAN MASIH

TURUN

AMIN

BANJIR MASISH

ADA

AMIN

DAH NAK MASUK

BULAN DUA

MASIH HUJAN

AMIN

INI TANDA

MALAPETAKA

CUACA

KHALAS

Tiada ulasan: