Pentaksub tegar
jangan pertahan
kekejian rasuah
jadi sedekah –
Mujahid
KUALA LUMPUR – Semua pihak khususnya pemimpin parti politik Islam yang terdesak mencari dalil agar berhenti daripada mencemari amalan baik bersedekah.
Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa turut menasihatkan pengikut parti terbabit supaya tidak mempertahankan perbuatan keji itu.
“Bersedekah ada adabnya dan mengungkit dengan bersyarat supaya menyokong parti tertentu dalam pilihan raya umum pastinya tidak ada kena mengena dengan maqasid sadaqah (tujuan syariat dalam bersedekah).
“Memberi rasuah politik dan bersedekah bezanya umpama langit dan bumi, rasuah itu keji manakala bersedekah amalan yang terpuji.
“Para pentaksub tegar janganlah mempertahankan kekejian ini, kembalilah kepada hadis dan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat petunjuk tentang erti bersedekah dan adab-adabnya. Tolong jangan cemari kemuliaan bersedekah dan peliharalah nama baik Islam!” katanya.
Menurut Mujahid, sedekah atau dalam bahawa Arab sadaqah bermakna sesuatu pemberian kepada fakir miskin.
Sama ada dalam bentuk wang, harta, makanan atau pakaian dengan niat taqarub kepada Allah.
Perbuatan itu, katanya, bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan manusia dan bersikap riak.
1 ulasan:
semua orang tahu ini adalah real politik... semua parti politik buat.. cuma tak nak mengaku.. kah kah kah
Catat Ulasan