Rabu, 18 Januari 2023

M,ADEY TAK FAHAM



Adakah Anwar akan selamatkan Zahid? – Tun M

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir menimbulkan persoalan hari ini sama ada Perdana Menteri, i Anwar Ibrahim akan menyelamatkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi daripada kes perbicaraan mahkamah.

Bekas perdana menteri itu berkata, Anwar jelas menerima 30 ahli Parlimen UMNO Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan dan memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Ahmad Zahid.

“Perjuangan Zahid tertumpu kepada kemungkinan dia didapati bersalah. Walaupun sebelum PRU UMNO dakwa menolak Anwar dan DAP tetapi untuk menyelamat dirinya, Zahid sanggup bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

“Anwar terima UMNO dan BN untuk mendapat 30 wakil rakyat BN. Zahid diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk the rule of law,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada penghujung tahun lalu menetapkan keputusan sama ada Ahmad Zahid akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi akan diketahui pada 24 Januari depan.

Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan kebajikan yang diasaskannya itu.

Pada 23 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Visa Luar Negeri (VLN).

Dalam pada itu, Mahathir mendakwa prestasi UMNO yang semakin merudum selepas Pilihan raya Umum ke 15 adalah disebabkan presidennya yang terdahulu tidak berjuang untuk bangsa dan negara.

Dr. Mahathir berkata, UMNO telah dikuasai oleh presiden yang sedang dibicara kerana rasuah.

“Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam mesyuarat agong UMNO.

“Dengan itu UMNO terus dikuasai oleh presiden. Besar kemungkinan dalam PRU kerusi UMNO merosot lagi. Penurunan prestasi UMNO disebabkan presiden-presiden yang menyeleweng. Perlembagaan UMNO memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli UMNO ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.

“Sekarang Presiden UMNO sedang hadapi caj,” katanya lagi. – 

WOIT

MADEY TAK

FAHAM

ATAU TAK 

MAHU FAHAM

AMIN

INI REALPOLITIK

DI EJA DGN K

KAH KAH KAH

KALAU TAKDA

ZAHID TAKDA

 PMX

AMIN

TANPA ZAHID

KERAJAAN

AKAN RUNTUH

KENAPA SUSAH

NAK FAHAM

KHALAS


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Madey bukan tak faham, saja kacau mula, takut anak beranak mula kena kacau sebab harta billion jugak woit, orang TUA ini faham semua, jangan wayang, orang manusia sudah tak ambil pot pasal Madey tunggu jadi MAD, sebab usia nyanyuk tapi otak geliga lagi, dia cakap ada maksud surat surat tanam dalam kah kah tapi siapa dia sokong sekarang? Siapa boleh jaga anak beranak dia lagi??? Kah kah kah senang saja jangan layan orang usia emas, biar dia merapu seorang seorang