Rabu, 18 Januari 2023

MONA FENDI DATANG KEMBALI




Mayat tanpa kepala dikerat enam dalam bagasi ditemui tepi Lebuhraya Utara Selatan


SUNGAI BULOH – Penemuan mayat tanpa kepala dalam sebuah bagasi ditinggalkan di tepi Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara ditemui orang awam, pagi ini

Mayat itu ditemui dalam keadaan dikerat enam bahagian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 11.45 pagi.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpihan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tanpa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.

“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini..

Tambah Shafa’aton, kertas siasatan telah dibuka dan siasatan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal di lokasi polis mengesyaki mangsa seorang lelaki warga asing.


“Susulan penemuan mayat itu, sepasukan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan.

“Polis meneruskan siasatan secara mendalam bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang bertanggungjawab melakukan jenayah keji tersebut,” ujarnya. 

WOIT

INI  KERJA

ANAK MURID

MONA FENDI

KAH KAH KAH

MONA POTONG

LAPAN

KAH KAH KAH

ANAK MURID

POTONG ENAM

BARU BELAJAR

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: