Sabtu, 11 Februari 2023

AGENDA DAP



Dominasi Melayu dalam perkhidmatan awam bukan masalah, kata Anwar


KERAJAAN tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak menganggap dominasi kaum Melayu dalam sektor itu sebagai satu masalah pada masa ini.

“Perkara ini kita tidak buka saluran untuk kita pertimbangkan kerana keadaan sekarang saya tidak fikir itu satu masalah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy menerusi hantaran dalam Facebook meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu dan mahu Anwar segera menangani isu berkenaan serta memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik negara ini.

Menurut Anwar, cadangan itu hanyalah pandangan peribadi Ramasamy dan tidak mewakili pendirian DAP atau kerajaan.

“Kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan), tetapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan,” katanya. – Bernama, 11 Februari, 2023.

WOIT

INI AGENDA DAP

AMIN

DULU TONY PUA

TIMBULKAN

PERKARA INI

AMIN

KALI INI 

 RAMASAMI

PULAK

AMIN

SEHARUS YANG

DI TEKAN BUKAN

ORANG MELAYU

RAMAI KERJA DARI

CINA & INDIA

AMIN

YANG WAJIB

DITEKANKAN

KECEKAPAN DAN

CARA KERJA

PENJAWAT AWAM

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: