Sabtu, 11 Februari 2023

SAMA SAMA KITA TUNGGU


Kerajaan tunggu syor KKM berhubung penggunaan kanabis perubatan, kata Anwar 


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan membenarkan dari segi undang-undang, penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan dalam negara.

Beliau berkata kerajaan masih menunggu cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Setakat ini kita belum melihat perkara ini secara serius, kita tunggu cadangan nanti. Isu ini turut melibatkan aspek keselamatan,” katanya kepada pemberita di hari terakhir lawatan rasmi dua harinya ke Thailand hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas persoalanan sama ada kerajaan akan meneruskan atau menghentikan penyelidikan berhubung penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Ogos lepas Menteri Kesihatan ketika itu Khairy Jamaluddin dalam lawatan kerja di Thailand, turut meninjau potensi penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan, di samping melihat kerangka undang-undang yang berkaitan dengannya.

Khairy dilaporkan berkata kerajaan kemudiannya akan mengkaji pengalaman Thailand dalam perkara itu untuk disesuaikan dengan konteks di Malaysia, sebelum memutuskan sama ada akan membenarkan atau tidak penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan.

Thailand merupakan negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan. – Bernama, 10 Februari, 2023.

SAMA SAMA

KITA NANTI

AMIN

LANGKAH APA

AKAN DIAMBIL

KHALAS

Tiada ulasan: