Kes demam denggi di Selangor dijangka meningkat 150%
Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150% pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius, susulan peningkatan tinggi kes ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata setakat 11 Februari lalu iaitu Minggu Epidemologi (ME) keenam, sebanyak 6,870 kes dicatatkan dengan kenaikan sebanyak 141.4% berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Dengan jumlah kes denggi hampir 40,000 pada tahun lalu, bayangkan (peningkatan kes pada tahun 2024) jika ia tidak dikawal," katanya dalam sidang media di Shah Alam semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan