Selasa, 21 Mac 2023

BUDAYA INTERNET




Polis siasat video tular 2 lelaki hina Nabi Muhammad

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan kini sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia.

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di Kajang, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Nordin Muhamad.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW. – Bernama, 21 Mac 2023.

WOIT

INI KERJA

AMAT SUSAH

AMIN

ADA BERBILION

KLIP HINA NABI

LAWAKKAN NABI

BALUN NABI

DALAM YOUTUBE

AMIN

MUSTAHIL DAPAT

DI KAWAL

AMIN

INILAH BUDAYA

BARU YANG

DIBAWA OLEH

INTERNET

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: