Zahid datang Kelantan sebagai TPM atau Presiden Umno?
AGAK lucu membaca laporan laporan akhbar tengahari ini apabila media melaporkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang sekali lagi datang menanam tebu ditepi bibir di Kelantan.
Situ ketawa sini tersenyum. Malahan ‘Pak Guard’ bank tadi pun menyebut, ‘Baso tok kabar ko Zahid ni? Ore taksey dah Umno, nyo mari jjanji belawok pulak. Kohong eh‘. Saya berlalu pergi sambil mengiyakan seloroh pakcik tadi. Benar Umno kini telah tinggal 26 kerusi sahaja. Belum sedarkah mereka? Masih guna skrip sama untuk tawan Kelantan?
Rakyat Kelantan telah lama tahu air di negeri ini bukan benda baharu, bukan isu yang muncul kini, tetapi sekian lama sejak zaman Umno memerintah sebelum 1990 lagi. Pembatalan projek BAKU, kezaliman kerajaan BN terdahulu yang menyebabkan ‘lost development years‘, sekatan projek pembangunan ke Kelantan yang ‘diakui’ dalam sidang DUN Kelantan serta pelbagai lagi polemik.
Pendek kata orang Kelantan kenal sudah sosok bernama ‘amnu‘. Bukan kenal sikit sikit, tetapi ke tulang hitam kita kenal ia. Justeru, bila Zahid datang berjanji hari ini dengan menyebut, ‘Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji Umno dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu Umno untuk sekali ini. Cuba beri peluang untuk Umno hanya untuk lima tahun sahaja’, rakyat sudah terbiasa.
Biasa lama dah dengan janji bulan bintang yang Umno laungkan dalam pertandingan merebut Kota Darulnaim. Zahid membayangkan perihal ‘wajibnya’ bekalan air diselesaikan sekiranya Umno menang PRN nanti. Eh Zahid, selesaikanlah dahulu masalah air di Pahang dan Melaka yang kamu tadbir itu.
Pahang terbelit dengan isu air sama seperti negeri-negeri lainnya. Bahkan mereka meletakkan keazaman untuk cuba menyelesaikan masalah air dalam tempoh 5 tahun akan datang. Masalah utama di negeri tersebut adalah bekalan air yang kerap terganggu, paip pecah, tekanan rendah, banjir, kerosakan loji, gangguan di muka sauk ketika kemarau dan kapasiti tangki serta keperluan menaik taraf loji rawatan air.
Itu belum lagi kita meneliti laporan media tahun lepas berkait kira-kira 200 penduduk dan peniaga di arked perniagaan di Pekan Awah yang berdepan krisis bekalan air bersih sejak 30 tahun kerana kapasiti air disalurkan tidak mencukupi. Kawasan Pekan Awah, dalam Daerah Maran mempunyai 1,400 akaun pengguna mendapat bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Seberang Temerloh.
Begitu juga di Melaka yang Umno memerintah. Gangguan bekalan air sering berlaku di Cheng Ria, Cheng Heights, Pokok Mangga, Taman Asean, Pulau Gadong, Taman Merdeka dan Taman Malim Jaya. Ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, beberapa bulan lalu oleh ADUN PH.
Bakri Jamaluddin (PN- Tangga Batu) juga pernah meminta Kerajaan BN Melaka supaya memberi perhatian serius terhadap masalah bekalan air di Kem Terendak dan Sungai Udang yang kian parah. Kem askar pun bermasalah wahai Zahid!
Lalu kalau Zahid berjanji untuk selesaikan masalah air di Kelantan jika Umno menang PRN nanti, ia adalah satu janji muluk yang tiada asas. Negeri mereka tadbir sendiri masih bergelut dengan isu sama. Apa yang penting juga adalah kenapa berjanji sebegitu? Tuan Zahid adalah Timbalan Perdana Menteri. Timbalan Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan. Kenapa mahu bantu negeri ini hanya jika Umno menang? Kenapa tidak bantu sekarang?
1 ulasan:
bro..yg undi PAS ni majoriti org luar kelantan. yg tua2 taknak undi PAS dah..pada gua yg penting itu bukan PAS ke UMNO ke, yg penting tu sek kito.bangsa lain adalah hamba abdi atau babi yg bole disembelih suka2 hati.dimulut manis kata demi islam, walhal demi sek kito. tak salah gua, 60-70 peratus staff gomen adalah org pantai timur.nak masuk gomen pun ikut sek kito, nak harga makanan minuman murah pun kena sek kito..mcm ni nak panggil sbg rasis bangsa ke rasis sek kito?nak kerja pun ikut sek kito..gua tak dgr lagi penerangan sek kito prof agus mengenai fitnah dan serangan PAS tiktok..atau sek kito jage pecoh juga..
Catat Ulasan