DBKL siasat kelab malam tidak bermoral, kata pegawai PM
KELAB malam Privacy Tun Razak, yang dikecam kerana akan menganjurkan aktiviti persembahan penari lelaki berpakaian dalam wanita pada majlis pelancaran pembukaannya, kini sedang dalam siasatan berhubung syarat pelesenan, kata setiausaha politik perdana menteri hari ini.
Azman Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkenaan pembukaan kelab malam itu pada 30 Mac, yang akan membawakan persembahan penari lelaki dari Thailand yang memakai pakaian dalam wanita.
PAS mengecam acara pembukaan itu, dan mendakwa ia mempromosi budaya hedonistik, lucah dan seks bebas.
Azman berkata siasatan awal dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis kelab itu di Jalan Tun Razak diberikan lesen untuk operasi restoran. Pemegang lesennya ialah Beijing 9 Sdn Bhd.
Lesen itu tamat tempoh pada 4 Februari, 2021.
“Premis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan atau sebarang lesen atau kelulusan untuk aktiviti hiburan,” kata Azman.
“DBKL dalam proses mengambil tindakan penguatkuasaan untuk memeriksa peraturan yang dilanggar oleh penganjur.”
Pagi ini, Setiausaha Agung parti Takiyuddin Hassan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kelab malam itu kerana menganjurkan aktiviti tidak bermoral pada bulan Ramadan.
Takiyuddin turut mempersoalkan mengapa kelab itu menggunakan nama allahyarham perdana menteri sebagai nama kelab.
“Perbuatan itu sangat tidak sensitif mahupun bertanggungjawab malah menghina nama baik pemimpin negara,” kata Takiyuddin.
Siaran Facebook oleh kelab malam itu berkata ia mempunyai 250 slot untuk acara pembukaan besarnya pada 30 Mac.
“Kali ini tidak lagi perlu pergi ke Thailand kerana mereka akan datang ke Malaysia. Dikelilingi sekumpulan lelaki tampan dengan berpakaian tidur seksi,” tulis catatan berkenaan.
Muat naik itu ditulis dalam bahasa Cina.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Muhammad Akmal Saleh berkata ahli parti akan membuat laporan polis berkaitan isu itu hari ini.
“Jika penganjur enggan batalkan pertunjukan itu, Pemuda Umno akan pergi sendiri ke acara itu dan batalkan.
“Kami tidak perlu orang yang tidak tahu menghormati sensitivity kami,” katanya di Facebook. – 22 Mac, 2023.
4 ulasan:
Menteri yang suka budak kecik mesti kote nya kecik. Hartanya nya punya banyak boleh tampung belanjawan negeri Perlis selama 5 tahun. Sekali kantoi terus duduk atas kerusi roda berlakon kunun nak mampus, bila dah bebas jantan lembik siam pun dia tak kesah kalau nak berlucah dinegara sendiri.
Moral ini apa? Adakah pakai jubah janggut songkok orang bermoral? Adakah curi rasuah tidak Amanah bersikap perkauman sikap keagamaan bermoral? Apa alat yang boleh ukur moral seorang ITU? Ada berapa decibel tahap moral? Saja tanya siapa peniaga moral oops penjaga moral manusia? Polis Moral ada tak macam negara Arabic? Kah kah kah
Bulan puasa sudah sampai, jaga moral sendiri, jaga kelakuan sendiri, jangan rasuah, jangan curi makan, jangan curi rompak sapu duit orang, ini moral terbaik tetapi paling afdal kalau mulut dapat kunci semua diam dalam bulan Ramadan boleh tak? Kah kah kah
Dulu kita ada PRsM parti kepala lembu. Sekarang Ijat lembu dah jadi balik org kuat UMNO .. dengar kata UMNO pun nak tukar logo .. logo Lembu Tido Dalam Kondo .. sial.
Catat Ulasan