Ahad, 9 April 2023

AWAS !!! BAHAYA MALAM INI


Hujan lebat, ribut, angin kencang seluruh negara malam ini

KUALA LUMPUR – Hujan lebat, ribut serta angin kencang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) berkata, antara negeri yang terkesan ialah Selangor iaitu di Sabak Bernam, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, selain Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ia juga akan berlaku di beberapa kawasan di Kedah dan Pulau Pinang iaitu

Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan turut diramal mengalami hujan lebat serta angin kencang.

Di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah dan Hilir Perak manakala Kelantan membabitkan Gua Musang.


“Amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut dikeluarkan bagi Pahang membabitkan Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera manakala Negeri Sembilan untuk Seremban, Port Dickson dan Jempol.

“Di Johor membabitkan Segamat manakala Sarawak di Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu dan Kapit (Song),” kata METMalaysia dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila ada tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) setiap sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – 

ALAM JADI

MARAH KERANA

MANUSIA

DEGIL TAK

BERUBAH

KHALAS

Tiada ulasan: