Zahid kemuka representasi mohon gugurkan 47 pertuduhan
TIMBALAN Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.
Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, memohon Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan prosiding hari ini sementara menunggu keputusan Peguam Negara (AG) Idrus Harun (berhubung representasi itu).
“Kami menulis surat representasi pada Januari dan kami telah menghantar kesinambungan dan representasi baharu dengan beberapa fakta dan bukti baharu berhubung pertuduhan itu kepada AGC pada Februari.
“Pendakwaan menjawab, mereka tidak mempunyai bantahan (untuk menangguhkan perbicaraan) bagi pihak mereka, memandangkan representasi itu mempunyai 200 halaman dan mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkannya,” katanya.
Zahid, 70, yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juga ringgit dana milik YAB. – Bernama, 10 April, 2023.
1 ulasan:
Cikgu sedang dibuli oleh anak murid sendiri...tanda akhir kehancuran pakatan harapan.. bagai melepas anjing tersepit tapi anjing tu bukan tat tat...
Catat Ulasan