Isnin, 10 April 2023

PENYAMUN DARI PERLIS

 



Bekas MB Perlis didakwa buat tuntutan palsu

BEKAS menteri besar Perlis Azlan Man pagi ini didakwa atas lima pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM1.18 juta untuk tiket penerbangan, penginapan dan kos pengangkutan di United Kingdom (UK).

Kesalahan - difailkan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - didakwa berlaku antara 2013 dan 2017, tempoh ketika beliau menjadi menteri besar semasa negeri itu diperintah Umno.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kangar Norsalha Hamzah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala peguam Burhanudeen Abdul Wahid dan Ramli Shariff mewakili Azlan.

Bagi pertuduhan pertama, Azlan didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM230,230 berhubung tiket penerbangan pergi balik, penginapan hotel dan pengangkutan di London antara 20 Disember 2013 dan 4 Januari 2014.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM216,260 untuk tiket penerbangan pergi balik ke London dan penginapan hotel antara 20 November 2014 dan 18 Disember 2014.

Bagi pertuduhan ketiga, beliau membuat tuntutan palsu sebanyak RM241,295 untuk tiket penerbangan pergi balik ke London dan penginapan hotel antara 30 November 2015 dan 21 Disember 2015.

Bagi pertuduhan keempat, Azlan didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM253,195 untuk tiket penerbangan pergi balik ke London dan penginapan hotel antara 8 November 2016 dan 29 Disember 2016.

Bagi pertuduhan terakhir, dia didakwa secara palsu menuntut RM244,079 untuk tiket penerbangan pergi balik ke London dan penginapan hotel antara 8 November 2017 dan 30 November 2017.

Menurut kertas pertuduhan, Azlan membuat tuntutan itu walaupun tiada perjalanan sebenar.

Beliau dibenarkan diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan diarahkan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah. – 10 April, 2023.

WOIT

BUKAN RATUS

TAPI JUTA JUTA

KLIM ENJOI

DI LONDON

KAH KAH KAH

PASPOT SERAH

PADA MAHKAMAH

KAH  KAH KAH

TAK LAMA LAGI

MINTAK PASPOT

NAK PERGI HAJI

KAH KAH KAH

INI PERANGAI

PENGANUT ISLAM 

YANG BERIMAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Ringgo berkata...

PATUT SEMUA GILA KUASA NAK JADI CALON PILIHANRAYA... UNTUNG MENANG BOLEH ENJOY TIAP TAHUN KE LONDON.. TIAP TAHUN WOITT CLAIM PI LONDON.. HAPRAKK PUNYA MELAYU NAMPAK WARAKK TAPI TAK ADA MARUAH DIRI.. TT APA ITU MARUAH.. UNTUNG PUNYA CLAIM, CLAIM PI LONDON ENTAH2 KE THAILON.