Selasa, 4 April 2023

PENGANAL BERKATA BENAR



Usaha Anwar raih sokongan Melayu belum cukup, kata penganalisis

USAHA yang dilakukan Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih belum cukup kuat untuk meraih kembali sokongan pengundi Melayu, kata penganalisis.

Mereka melihat, Anwar banyak mengumumkan insentif serta bantuan kepada golongan berpendapatan rendah termasuk bantuan tunai kepada golongan petani dan nelayan.

Namun penganalisis ini tidak melihat banyak perubahan dasar besar yang dilaksanakan Anwar untuk menarik sokongan orang Melayu.

Kejayaan pelaksanaan usaha ini menjadi perhatian ketika setiap parti kini mula menggerakkan kempen bagi pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada Jun.

Pengkaji ini memberitahu The Malaysian Insight, kerajaan perpaduan masih meneruskan dasar atau polisi pemerkasaan ekonomi Melayu yang sedia ada.

Biarpun langkah itu tidak menjadi kesalahan, mereka bimbang kerajaan mengulangi kegagalan pentadbiran lalu dalam agenda pemerkasaan ekonomi orang Melayu.

Penganalisis politik Jeniri Amir melihat cabaran terbesar Anwar waktu ini menyelesaikan isu kemiskinan, kos sara hidup, pendidikan, bantuan kepada peniaga kecil dan sederhana.

Sekiranya isu ini diselesaikan, Anwar akan juga dapat menyelesaikan masalah persepsi pengundi Melayu ini terhadap rakan kongsinya DAP, katanya.

“Kita tahu cabaran dan ujian besar bagi PH untuk menarik perhatian pengundi Melayu tapi masalah di situ dalam PH ada DAP.

“Dan orang Melayu memang sangsi kepada DAP sebab itu mereka cenderung kepada PN. Kerana itu Anwar tidak dapat lari daripada menambat hati pengundi Melayu dan Bumiputera,” katanya.

“Jadi kalau Anwar komited dan berjaya tangani masalah yang melingkari golongan itu maka tidak mustahil PH berjaya menambat hati pengundi Melayu, katanya.

Felo kanan Majlis Profesor Negara (MPN) itu seterusnya melihat usaha yang dilakukan masih belum cukup kuat memandangkan kerajaan masih menghadapi dilema.

Anwar perlu memastikan agenda membela hak orang Melayu dibuat tanpa meminggirkan kaum lain sedangkan PH memperjuangkan kesaksamaan semua kaum, katanya.

“Saya rasa masih belum cukup, biarpun ada usaha itu sebab kita tak boleh nafi ada komitmen pihak PH untuk perjuangkan hal kaum Melayu. Tapi masa sama perlu berhati-hati kerana komponen PH ada DAP.

“Yang penting adalah untuk mengimbangi kepentingan perjuangan kaum Melayu tanpa meminggirkan kebajikan atau nasib kaum lain.

“Barulah sesuai dengan gagasan Madani yang beliau perjuangkan,” katanya.

Antara usaha besar diumumkan Anwar termasuk sasaran menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun ini, antaranya melalui peningkatan bantuan kepada golongan petani, nelayan dan penternak.

Bantuan itu juga termasuk agihan keuntungan lebih besar kepada pesawah dari syarikat monopoli import beras Bernas, kata perdana menteri ketika membentangkan Belanjawan 2023.

Selain itu, Anwar turut mengumumkan penyusunan semula agensi melibatkan kepentingan bumiputera dengan kuasa dan fungsi yang bertindih.

Ia termasuk penggabungan Yayasan Pelaburan Bumiputera, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera dan Yayasan Ekuiti Nasional.

Pengumuman itu dibuat ketika Anwar bergelut untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu yang banyak beralih ke PN dalam PRU15.

Satu kajian oleh penganalisis politik Bridget Welsh menunjukkan hanya sekitar 11% pengundi Melayu terutama luar bandar yang lebih cenderung kepada PH.

Oleh itu kejayaan pelaksanaan usaha ini bakal menjadi penanda aras sokongan, kata seorang lagi penganalisis Ahmed Razman Abdul Latiff kepada The Malaysian Insight.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS) itu berpendapat, Anwar tidak perlu menabur janji untuk menambat hati pengundi Melayu.

Usaha itu memadai dengan membolehkan rakyat merasai hasil dan impak pelaksanaan dasar itu, katanya.

“Kalau boleh kita tidak mahu tambat hati pengundi dengan janji seperti senario berlaku sekian lama setiap kali PRU pelbagai janji dan manifesto dilancarkan.

“Tapi bagi saya cenderung pendekatan kali ini menjurus jumlah peruntukan yang disalurkan, impak bagaimana taraf hidup Bumiputera, Melayu berjaya dinaikkan.

“Berapa ramai dapat melanjutkan pengajian dan mendapat pekerjaan lebih bagus,” katanya.

Beliau juga berkata tidak timbul soal kerajaan hari ini hanya meneruskan polisi pemerkasaan Bumiputera sedia ada.

“Tidak semestinya setiap kali kerajaan baharu perlu nak  perkenalkan polisi baru kerana justifikasi polisi baru ini kerana pertama kita buktikan polisi sedia ada tidak berjaya.

“Tapi kita tahu polisi sedia ada yang sudah dirangka itu sudah cukup baik, hanya pelaksanaannya sahaja perlu ditambah baik untuk mendapat hasil,” jelasnya.

Seorang lagi penganalisis Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar bagaimanapun tidak melihat banyak perubahan dasar besar yang Anwar dilakukan untuk menarik sokongan orang Melayu.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu juga menilai sikap Anwar yang tidak menunjukkan kemesraan kepada tokoh korporat Melayu, malah meminta mereka meringankan kepayahan rakyat.

“Ini dilihat dalam kes ahli perniagaan Syed Mokhtar Albukhary yang perlu membayar RM60 juta kepada pesawah.

“Pentadbiran Anwar juga tidak menumpu projek ekonomi mega, sebaliknya mahukan keselesaan untuk peniaga kecil, seperti arahannya untuk mengindahkan tapak peniaga kecil makanan di Kuala Lumpur.”

Jelasnya tidak ada salahnya dengan pelaksanaan projek mega atau hubungan dengan tokoh yang kaya kerana ia juga penting dari sudut penjanaan ekonomi negara.

“Namun yang salahnya jika memberi kekayaan kepada kroni semata-mata,” katanya.

Seorang lagi penganalisis Mazlan Ali pula yakin dengan segala usaha bantuan yang diperkenal Anwar itu dapat menarik sokongan pengundi Melayu terhadap PH terutama dalam PRN kelak.

“Kita boleh tengok dari segi insentif dan bantuan dalam belanjawan banyak diagihkan kepada golongan B40.

“Ini berbeza dengan masa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri (selepas) PH menang PRU14. Bantuan banyak dikurangkan.

“Tapi dengan Anwar ini berbeza beliau meneruskan bantuan sedia ada seperti pemberian wang tunai one off , itu tidak ditarik dan menambah bantuan yang lain juga,” katanya.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia itu juga melihat bantuan kepada golongan rentan yang dipertingkat penting bagi menjaga sokongan.

“Sama juga banyak insentif diberi kepada petani, pekebun dan nelayan yang majoritinya orang Melayu jadi secara tidak langsung memberi mesej menjaga hak orang Melayu,” katanya. – 4 April, 2023.

POLITIK MALAYSIA

TANPA SOKONG

MELAYU AKAN

GAGAL MELESET

AMIN

PN DENGAN

MELAYU ISLAM

AMIN

PAKATAN HARAPAN

DENGAN APA?

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sejak UMNo bersondolan dengan barua DAP@ LeeKwanYew Suara Melayu' sudah mati dalam Parti UMNo..

Undang persepsi buruk, imej parti terganggu..

Orang muda pun dah lama menjauhkan diri Dari UMNo. Kalau mengundang persepsi buruk, perkara itu akan menjadi kesan jangka panjang kepada parti terutamanya melibatkan golongan muda

Umno sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehinggalah episod pemecatan dan penggantungan beberapa ahli parti yang popular menjadi bualan dalam kalangan pemerhati politik.

Malah, ada yang menyatakan bahawa, kedudukan parti keramat Melayu itu sudah semakin goyah dan mungkin akan semakin kurang mendapat sokongan pengundi. Umno sekarang penuh kekeliruan dengan keputusan yang tidak popular.

"Umno perlu melihat dan jangan terpisah dengan rakyat. Apa sahaja keputusan tak boleh dilihat secara dalaman sahaja. Mesti lihat pandangan orang luar.

Sebaliknya, sokongan ahli parti sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya. Ahli parti mungkin 30 peratus sahaja daripada jumlah pengundi di kawasan bertanding.

Lansung tidak kedengaran pasal Melayu' di bawah Zahid Dan Mat Hassan..!! Barua DAP@ LeeKwanYew ini perlu dilingkupkan PRN Jun 2023 ini.

Tanpa Nama berkata...

Sokongan bukan Melayu yang meletak dia sebagai PM X, tapi apa dapat, semua cakap hanya Melayu Isle supaya kekal terus, kah kah nasib oh nasib bukan Melayu termasuk bumiputera Sabah Sarawak orang asal orang asli senoi Perak kah kah kah nak buat macam mana kah kah kah peng anal tak kisah pasal yang sokong, yang berat sekarang yang tak sokong, macam anak kita, lagi banyak perhatian supaya anak jahat jadi baik tapi anak baik terus dilupakan kah kah