TRUMP
AKAN DI DAKWA
Trump akan di dakwa pada Selasa 4 April 2023 di Mahkamah New York. Ini Induk berita semua akhbar di Amerika. Media cetak dan elektronik seluruh dunia heboh dengan berita ini.
Kita di Malaysia heboh membaca berita ini pada hari April Fool 1 April 2023. Tapi ini bukan berita lawak April Fool. Ini berita sahih.
Pejabat NYPD – New York Police Department – telah menghubungi peguam Trump untuk menyampaikan berita ini. Peguam telah menyampaikan berita ini kepada Trump di Mar-a-Lago tempat kediaman resmi Trump di Florida.
Berita bekas Presiden Amerika ke 45 yang akan didakwa memeranjatkan warga Amerika. Malah warga dunia juga sama terperanjat.
Tidak pernah dalam 200 tahun sejarah Amerika seorang bekas Presiden di dakwa dengan kes jenayah.
“They only brought this Fake, Corrupt, and Disgraceful Charge against me because I stand with the American People, and they know that I cannot get a fair trial in New York!” Trump said on Thursday evening.
‘ Mereka membuat tuduhan palsu.... memalukan.... kerana saya berdiri bersama rakyat Amerika..... mereka tahu saya tidak akan mendapat keadilan di mahkamah New York....’ Ini jawapan Trump.
Ini petikan laporan akhbar The Guardian pada Sabtu 1 April 2023.
Siapa mereka yang dimaksudkan oleh Trump ini ? Apa di belakang dakwaan ini?
Trump akan di hadapkan dengan beberapa tuduhan jenayah, satu tuduhan sivil, tuduhan yang bersangkutan dengan dirinya dan perniagaannya.
Trump juga akan didakwa mengambil beberapa surat resmi kerajaan yang berstatus rahsia dan membawa pulang ke Mar-a-Lago.
Untuk sensasi media Trump juga akan didakwa gagal melaporkan akaun tepat dalam kempen 2016. Kes duit tutup mulut sebanyak $130,000 dolar telah dibayar oleh Trump kepada Stormy Daniels melalui peguam Trump.
Puan Daniels ini gadis cun lagi bergetah dikatakan telah mengadakan hubungan sulit dengan Trump. Mengadakan hubungan sulit bukan satu kesalahan. Ini bukan satu jenayah.
Yang menjadi isu ialah Si Minah Stormy Daniels yang cun ini pelakon filem lucah.
Bila nama Trump naik untuk menjadi calon Parti Republikan media Amerika telah mencium hubungan Trump dengan Minah ini. Media anti-Trump mahu mencari Daniels.
Babak Trump melanggan pelacur ini ingin dijadikan berita sensasi untuk memburukkan nama Trump agak kalah untuk jadi Presiden Amerika.
Maka duit 130,000 dolar bertukar tangan. Minah cun ini dibayar agar menutup mulut jangan bercakap dengan media.
Dari segi fakta tuduhan jenayah yang dilakukan oleh Trump ini telah juga pernah dilakukan oleh musuh politik Trump. Melanggan atau mengadakan hubungan sulit dengan perempuan selain dari isteri bukan satu yang baru di Amerika.
Satu Amerika dan dunia tahu John F Kennedy melanggan bintang filem Merilyn Monroe sebagai gundik.
Jadi apa yang berlainan ?
Trump menjadi sasaran kerana cakap Trump dan suara Trump yang penuh retorik. Trump secara terbuka telah berani menolak Kesepakatan Washington.
Apa dia Kesepakatan Washington ini ?
Washington sama ada di bawah Demokrat atau Republikan semua bersepakat mengamal dasar ekonomi neo-liberal pasaran bebas, dan perniagaan bebas. Pasaran bebas kapitalis adalah ideologi dan dasar induk Washington untuk mengawal dunia yang ditakrif sebagai empire Amerika.
Trump secara berani telah memperlekeh ideologi yang menjadi teras Amerika. Trump telah memberi galakan kepada penyokong untuk mempertikaikan sistem dua parti politik Amerika.
Budaya dan sistem dua parti politik ini adalah kunci sistem politik Amerika. Trump memperlekeh sistem ini. Ini belum pernah berlaku.
Rakyat Amerika dan rakyat dunia tahu bahawa sistem dua parti ini adalah sistem lawak lagi komidi. Tidak ada perbezaan hakiki yang membezakan sistem politik dua parti.
Ini hujah dari kaum intelektual, kaum kiri dan gulungan progresif yang melihat dengan jelas dan kritikal terhadap sistem dua parti politik ini.
Sistem pemilihan Presiden di Amerika ini sama seperti memilih Coca Cola atau memilih Pepsi Cola. Trump mengabsah dan mengporak perandakan kewujudan sistem yang selama ini mengkhayalkan warga Amerika.
Trump telah menaikkan semangat penyokongnya untuk menyerang segala jentera dan kaki tangan daulah bila Trump mengisytihar bahawa kemenangan Presiden Biden pada tahun 2020 dengan undi tipu.
Ketika menjadi Presiden Trump secara terbuka telah menyelar stesen tv CNN sebagai stesen menipu. Juga memperlekeh media arus perdana yang lain sebagai sampah.
Cakap kasar dari mulut Trump ini menakutkan elit politik dan elit ekonomi Amerika. Elit dan kelas pemerintah melihat Trump telah berjaya menaikkan semangat satu kumpulan masyarakat Amerika yang dipanggil oleh Hillary Clinton sebagai ‘ deplorables atau Mat Lekeh.
Kumpulan Mat Lekeh amat besar. Mereka terdiri dari penganut Kristian berkulit putih, kelas pekerja yang tercicir dan tenggelam dalam arus ekonomi kapitalis.
Rata-rata mereka tidak puas hati terhadap Rumah Putih .
Trump dalam kempen tahun 2016 telah berkata yang dia akan membersihkan sampah dan bangkai yang bersepah-sepah di Washington. Trump berjanji akan ‘ clean up the swamp in Washington ... kulimbah Washington akan dibersihkan.
Trump secara jujur telah mempertikaikan kenapa perlu soldadu Amerika berada di Afghanistan. Trump juga tidak menyokong langkah Joe Biden untuk membantu Ukraine yang kini berperang dengan Rusia.
M alah Trump telah berkata jika dia menjadi Presiden maka dia akan menamatkan perang Ukraine.
Dasar Trump yang tidak bersetuju menyokong Ukraine mendorong media arus perdana Amerika telah melabelkan Trump sebagai tali barut Rusia dan penjilat Vladimir Putin.
Paling memeranjatkan - ketika menjadi Presiden Trump telah mempersoalkan NATO. Trump melihat bahawa NATO ini membazir dan mahu negara anggota NATO seperti German dan Perancis mengeluarkan dana yang lebih untuk menampung belanjawan NATO.
Kenyataan Trump ini menakutkan elit politik dan industri senjata. NATO selama ini adalah benteng imperialisma Amerika. Perjanjian persenjataan 30 buah negara NATO dari Amerika Utara dan Eropah adalah asas sistem ekonomi perniagaan bebas yang menjadi nafas kapitalisma.
Bala tentera Amerika berselirat dalam dunia ada atas nama NATO. Bala tentera ini wujud siapa seaga untuk mempertahankan sistem kapitalisma perniagaan bebas dari serangan sistem sosialis dan komunis.
Bila Trump mempersoalkan wujudiah NATO , walau pun hanya retorik – ini menakutkan. Kesepakatan Washington menjadi huru hara.
Justeru elit politik, elit ekonomi, pemilik media, pemilik media sosial , industri senjata bersama dengan deep state – daulah terpendam telah , sedang merancang untuk memastikan Trump tidak akan menjadi calon Presiden parti Republikan pada pemilihan Presiden tahun 2024.
Jika Trump bertanding dan menentang Joe Biden jawapannya amat jelas Biden akan kalah teruk.
Untuk elit politik dan elit ekonomi – jika calon Republikan menang tahun 2024 akan diterima dengan tangan terbuka dan bersuykur. Asalkan bukan Trump.
Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah suara Trump ini adalah suara rakyat tertindas. Para penyokong Trump yang datang menyerang bangunan Capitol pada Rabu 6 Januari 2021 adalah manifestasi dari kempen MAGA ( Make America Great Again ).
Kempen MAGA menyengat.
Kumpulan dan rakyat Amerika yang menyokong Trump memiliki faham kanan. Mereka menentang pendatang haram yang cuba masuk ke Amerika. Mereka menolak hak wanita menggugurkan janin. Mereka menentang LGBT.
Penganut fahaman kanan ini melihat Trump sebagai wakil mereka. Mereka mengangap pemilihan Joe Biden satu penipuan. Untuk pertama kalinya bekas seorang Presiden Amerika mempertikaikan sistem pilihanraya Presiden Amerika..
Penipuan dalam pilihanraya yang ditimbulkan oleh Trump ini menjadi perbualan nasional di Amerika. Ini dilihat oleh elit politik dan elit ekonomi sebagai bahaya.
Elit politik , elit ekonomi dan daulah terpendam tidak ada masalah menerima tindakan Trump memberi arahan membunuh pemimpin tentera Iran Major Jeneral Qasem Soleimani pada 3 Januari 2020.
Ini sama seperti tindakan Obama membunuh Anwar al- Awlaqi seorang Imam warga Amerika di Yaman dengan drone pada 30 September 2011
Perbuatan jenayah antarabangsa Trump ini dialu-alukan. Jenayah seperti ini dilihat sebagai bersama dalam Kesepakatan Washington.
Di balai NYPD muka Trump akan dipotret sebagai penjenayah. Chap jari Trump jari akan diambil. Trump tidak akan digari kerana Trump bersetuju datang ke balai.
Dunia akan diberi tahu lebih perinci tentang dakwaan dan bentuk kes jenayah. Perbicaraan mungkin dilambatkan agar Trump tidak bertanding. Bila perbicaraan akan bermula kita juga pasti akan mendengar banyak lagi komen dan kenyataan Trump yang akan menggoncang sistem politik Amerika.
Apakah projek menghalang Trump dari menjadi calon Parti Republikan pada 2024 ini akan berjaya. Dari apa yang berlaku sekarang Trump sudah pun secara terbuka menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi.
Dari laporan media kita dapat membaca bahawa garis politik arus kanan MAGA yang dilaungkan oleh Trump amat popular. Patriotisma a la Trump ini amat popular.
Dalam masa yang sama arus politik kanan ini sedang mengampuh ke seluruh dunia.(TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
THE MALAYSIAN INSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/436344
3 ulasan:
Jangan salah kaji...
Trump umpama Abe Lincoln Dan JFK...
Abe Lincoln Dan JFK sangat menakutkan global Elit..
Trump menakutkan Rothchild Dan Rockefeller global Elit...
Sokong Trump bermakna lawan Rothchild Rockefeller Dan global Elit..
Ngaji Le lebih skett.. setakat memantat dengan porn star tu USA tu freedom country..!!
Now that we have the precedent set to arrest a former President - The boomerang is on deck and will be delivered. [They] have opened Pandora’s Box, and in doing so [they] have galvanized and strengthened Trump’s support beyond belief.
Play with the bull, get the horns. Watch how this unfolds and get ready to see Trump give it back to [them] 10x harder.
https://t.me/WeTheMedia/85724?single
~~~~
With all that’s going on - remember that it is Holy Week. I hope that timing isn’t lost on us.
Good vs Evil
Biblical times
Divine timing
God wins.
@RedPillPharmacist
https://t.me/WeTheMedia/85717
Nota: untuk makluman, minggu ini, dari Ahad yg lepas, hingga Ahad akan datang adalah Minggu Kudus, Minggu Suci, Minggu Prapaska, Holy Week, utk umat Kristian. Minggu ini, bacaan harian dari kitab mencerminkan the Suffering Servant, di mana Yesus melalui pengakuan diri nya sebagai Prophet, King dan Priest, melalui sengsara, wafat dan bangkit hidup semula,. Yesus sebagai ketua turus bala memenangi terhadap kematian.
Trump nk jd cm Theodore Roosevelt..
Catat Ulasan