Sabtu, 27 Mei 2023

ISA SAMAD NAK SELAMATKAN DIRI


Isa Samad kembali ke Umno

SETIAUSAHA Agung Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan bahawa bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd Isa Abdul Samad, yang meninggalkan Umno pada 2018, diterima menyertai semula parti itu.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan oleh Presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, perkara itu diputuskan oleh MT yang bermesyuarat semalam. Surat rasmi belum dikeluarkan lagi kerana mesyuarat semalam habis pada 12 malam, saya tidak sempat ke pejabat,” katanya kepada pemberita di Wisma Umno Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Mohd Isa, 74, yang juga bekas Ahli Parlimen Jempol, sebelum ini mengumumkan keluar Umno kerana ingin bertanding dalam pilihan raya kecil Port Dickson memandangkan parti itu tidak meletakkan calon.

Sementara itu, Mohd Isa mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti diterajui Ahmad Zahid kerana meluluskan permohonan beliau yang dihantar kepada Umno sejak Julai tahun lepas.

Katanya beliau kini adalah ahli Umno Bagan Pinang dan sedia membantu Kerajaan Perpaduan dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Terima kasih terima saya jadi ahli Umno, saya tidak pernah menentang parti. Semasa bukan ahli Umno, saya tetap menyokong Umno, mana-mana ceramah pilihan raya Umno saya pasti pergi,” katanya. – Bernama, 27 Mei, 2023.


ISA SAMAD

TUNGGU HUKUM

AMIN

MASUK KEMBALI

KE GEROMBOLAN

KERANA NAK

SELAMATKAN DIRI

AMIN

SIMPAN HARAPAN

ZAHID & ANWAR

AKAN SELAMATKAN

DARI MASUK JIL

AMIN

BANYAK KAN LAGI

KLUSTER MAHKAMAH

DALAM UMNO

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: