Sabtu, 27 Mei 2023

UMNO BUKAN PERHIASAN KATA SABRI


Umno bukan perhiasan dalam kerajaan perpaduan, kata Ismail Sabri

UMNO tidak boleh hanya jadi perhiasan dalam kerajaan perpaduan sebaliknya perlu memainkan peranan menyambung suara rakyat, termasuk berani menegur kerajaan, kata bekas naib presidennya Ismail Sabri Yaakob.

Bekas perdana menteri berkata Umno perlu menunjukkan kekuatannya sebagai parti terbesar dengan jumlah ahli paling ramai dan kejayaannya membangunkan negara lebih setengah abad.

“Justeru, Umno tidak boleh hanya menjadi hiasan untuk menubuhkan kerajaan di mana saya meminjam bahasa Presiden Umno (Ahmad Zahid Hamidi) bahawa Umno adalah pelengkap, manakala Timbalan Presiden Umno (Mohamad Hasan) mengingatkan ahli-ahli parti bahawa Umno hanya penumpang dalam kerajaan ini.

“Apatah lagi ada ucapan seolah-olah memberi amaran kepada ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa tindakan menarik sokongan tidak akan memberi kesan kepada kedudukan kerajaan,” katanya, menulis dalam rencana yang disiarkan di Utusan Malaysia, hari ini.

Rencana Ismail bertajuk “Raja yang mengatur bidak”.

Beliau menulis rencana itu susulan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dua minggu lalu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Ismail Sabri mempersoalkan muslihat politik konvensyen itu diadakan di WTCKL, yang katanya dianggap “rumah Umno”.

“Apakah konvensyen parti-parti kerajaan perpaduan di WTC terselit agenda bagi pihak tertentu kerana ia diadakan di Dewan Merdeka yang selama ini menjadi pentas kepada Umno dalam menentukan hala tuju parti atau sememangnya Umno menjemput parti-parti ini atas perhitungan kepemimpinan Umno sahaja yang tahu?

“Banyak sungutan daripada pendukung dan ahli Umno di peringkat akar umbi,” katanya.

Ismail Sabri mengingatkan pemimpin Umno supaya “mengubati hati ahli-ahli akar umbi yang terluka” dengan kerjasama parti Melayu itu dengan Pakatan Harapan.

Beliau menyifatkannya sebagai “sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan”.

“Tidak salah untuk Umno khususnya sayap Pemuda mengkritik mana-mana tindakan kerajaan yang menimbulkan kegusaran rakyat,” katanya.

Pemuda Umno, katanya, harus berani bersuara mewakili parti dan rakyat, dan tidak harus jadi buruk kakak tua dan jurucakap kepada kepimpinan yang bertentangan dengan ahli parti.

“Lebih malang apabila Pemuda menjadi jurucakap kepada parti lain dalam gabungan yang tidak menguntungkan Umno,” katanya.

Bagaimanapun Ismail Sabri mengakui keadaan politik sekarang menyukarkan Umno untuk menentukan hala tuju kerana parti itu bukan “raja yang mengatur bidak”.

“Maka sudah sampai masanya Umno bangkit kembali membina kekuatan dan tidak takut untuk menegur demi kebaikan bangsa dan tanah air,” katanya.

Ismail Sabri tidak mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden pada pemilihan Umno yang berlangsung pada Mac lalu.

Beliau bagaimanapun kekal tidak dicabar sebagai ketua Umno Bahagian Bera. – 27 Mei, 2023.

BETUL

TEPAT BENAR

AMIN

GEROMBOLAN

JADI KAVADI

DI PIKUL OLEH

PAKATAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pujuk PAS sertai kerajaan Perpaduan, tapi tugas bahagian belakang sekali...Macam ular saiz besar panjang 20 cm aje kah kah kah..

PAS sepatutnya diberi peranan di hadapan untuk memimpin kerajaan kerana mempunyai kerusi yang lebih.

Beberapa orang acap kali nak berjumpa PAS dengan tawaran untuk menyertai kerajaan. PAS ada 43 kerusi…PKR 30 sahaja. Dalam keadaan 30 kerusi ini, sembilan kerusi adalah bukan Melayu, 19 sahaja Islam.

“Dalam keadaan PKR, DAP pula, tiga Melayu dari 40 kerusi, 37 kerusi bukan Melayu. Kalau campur gabungan itu, kerajaan akan didominasi oleh orang Islam,

“Dia nak ajak PAS, tetapi PAS duduk di belakang, bukan di depan. Patutnya bila buat kerajaan, parti lebih besar memimpin.

Ini Anwar nak suruh PAS masuk kerajaan Perpaduan nya seperti macam kepala ular, kecil sahaja. Macam ular besar berukuran lilit badan 30 cm panjang 20 cm, "

kah kah kah...

Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Sembang kari siang malam, kalau tak menang kuat memang jadi jaga tepi jalan, kalau kuat menang banyak kerusi memang jadi King, kan dah biasa duduk Takhta Kerajaan dulu dulu, tapi kenapa jatuh tergolek jadi Pak Guard saja sekarang? Siapa nak salah? Pengundi atau kamu sendiri ? Dulu bukan main sembang Kari, tapi sekarang pun masih perangai sama? Akar umbi mana sokong kamu? Geng haprak yang kamu sogok jawatan pangkat projek wang lah, yang jadi tukang sokong tukang teriak tukang angkat beg tukang atur masih sama saja kan? Kalau nak manusia sokong buat kerja yang baik, tak payah minta tak payah rayu tak payah sembang sebab kamu semua buat kerja, tapi sekarang semua nampak mana tahap kamu? Kah kah kah masih tahap Pak Guard, baik diam diam pencen, elaun ada sebab bekas PM masih ada kemudahan lain sampai orang bekerja siang malam pun tak dapat kemudahan yang kamu semua ada, tak tahu berterima kasih lagi woit, sebab ITU Mahathir Mamak kata mudah lupa woit kah kah kah