Jumaat, 5 Mei 2023

TUMBANGKAN KERJAAN SEKARANG




Kalau nak tumbang,

 tumbang sekarang, 

jangan ganggu 

kerajaan buat kerja – Zaid
KUALA LUMPUR –  Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk November tahun lalu akan bertukar tangan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, kemungkinan itu berdasarkan beberapa faktor yang berlaku dalam kerajaan itu sendiri seperti sudah hilang kepercayaan daripada parti gabungan terhadap kepimpinan  Anwar Ibrahim.

“Hari-hari, pagi, tengah hari, petang ceritanya kerajaan akan bertukar dan satu lagi cerita sebelah sana pula kata kerajaan stabil.

“Tetapi dari semua akhbar, semua portal yang kita dengar, kerajaan akan bertukar dengan macam-macam teori dan perancangan.

“Di Malaysia ini, selalunya bila banyak sangat orang bercakap macam ini selalunya akan terjadi,” katanya menerusi hantaran Facebooknya semalam.

Bahkan desas desus itu turut mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang bertitah menyuarakan kebimbangan baginda berhubung keadaan itu.

Titah baginda, rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU15 lalu dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

Namun sehingga kini, 222 ahli Parlimen  masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.

Menurut Zaid, apabila kerajaan sekarang lupa mereka memerlukan sokongan daripada pihak lain maka berlaku sebagaimana dilalui dua mantan perdana menteri sebelum ini iaitu Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Kita lihat Muhyiddin jatuh sebab puak-puak lain tak sokong dia. Kita lihat Ismail Sabri jatuh sebab puak-puak lain tak sokong dia, termasuklah puak-puak UMNO.

“Itulah sejarah kita dalam masa dua tahun ini dan tak ada perbezaan sekarang ini pun,” katanya.

Beliau turut mengaitkan ketidakstabilan politik dalam kerajaan ada kena mengena dengan isu pengampunan Najib.

Katanya, banyak pihak dalam Pakatan Harapan (PH) memandang ringan isu pengampunan mantan perdana menteri keenam itu.

“Macam-macam cerita keluar, kononnya dia patut kekal dalam penjara, pengampunan tak wajarlah, macam macam. Amanah bercakap, (parti) Star bercakap, PKR pun bercakap.

“Bila kita bercakap macam ini sudah tentu timbul perpecahan dalam pakatan itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Zaid membuat ramalan antara calon yang ada potensi sebagai Perdana Menteri ke-11 ialah Hishammuddin Hussein.

“Ramalan saya ringkas saja, calon yang ada potensi jadi Perdana Menteri ke-11 ini saya rasa Hishammuddin. Dia ada sokongan daripada UMNO dan ada sokongan daripada pihak-pihak lain juga.

“Saya percaya parti Bersatu akan sokong beliau. Saya percaya  Hamzah Zainuddin akan memainkan peranan penting.

“Jadi, apa pun keputusannya, saya menyeru kepada semua pihak, kalau boleh tumbang sekarang, tumbanglah cepat-cepat. Kalau tak boleh, (baik) hentikan, kita banyak kerja nak dilakukan,” katanya.

Menurutnya, kalau setiap hari bercakap pasal tumbang tidak tumbang, sampai bila?

Kata beliau, kalau hendak tumbang, tumbang sekaranglah tetapi kalau tidak boleh tumbang, kekalkan kerajaan yang ada sekarang supaya dapat buat kerja. –

WOIT

KALAU KERAJAAN

INI TUMBANG

MAKNANYA NAJIB

PASTI TIDAK

DIAMPUN

AMIN

MAKNANYA ZAHID

DAN ROSMAH

AKAN KE PENJARA

AMIN

TIADA ESOK

UNTUK ZAHID

TIADA ESOK

UNTUK ROSMAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: