Rabu, 14 Jun 2023

DUN KELANTAN BUBAR 22 JUN


DUN Kelantan bubar 22 Jun, kata menteri besar


MENTERI Besar Kelantan Ahmad Yakob mengumumkan Dewan Undangan Negeri Penggal ke-14 akan dibubarkan pada Khamis 22 Jun.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan pembubaran tersebut selepas beliau menghadap baginda bagi mempersembah permohonan itu, kata Ahmad dalam sidang medianya.

Katanya, beliau memohon perkenan membubarkan DUN mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Justeru, Sultan Kelantan perkenan untuk membubarkan DUN pada 22 Jun ini,”

Persidangan dua hari pada 20 Mac lalu menjadi persidangan terakhir DUN Kelantan bagi penggal ini.

Dengan pengumuman Ahmad Yakob hari ini, pilihan raya negeri (PRN) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran 22 Jun.

PRN tersebut dijangka diadakan serentak bersama lima negeri lain – Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini mengumumkan jangkaan PRN itu diadakan pada minggu kedua bulan Ogos bagi negeri itu.

DUN Pulau Pinang dicadang untuk dibubarkan pada 28 Jun dan Suruhanjaya Pilihan Raya mungkin mempertimbangkan tempoh sehingga enam minggu bagi mengadakan PRN, katanya.

Chow dijadualkan bertemu gabenor pada 27 Jun untuk mendapatkan kebenaran membubarkan DUN Pulau Pinang, Negeri Sembilan pula dijangka membubarkan DUN pada 30 Jun.

Penggal DUN Selangor berakhir secara automatik tamat pada 25 Jun, diikuti Kelantan (27 Jun), Terengganu (30 Jun), Kedah (3 Julai), Negeri Sembilan (1 Julai) dan Pulau Pinang (2 Ogos). – 14 Jun 2023.

PRN 6 NEGERI

MAKIN DEKAT

KEMPEN MAKIN

HEBAT

AMIN

LIPAT SENDAT

RAPAT RAPAT

AMIN

MASYUUUK

RAKYAT SUKA

HATI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: