Rabu, 14 Jun 2023

KES RASUAH DATUK SERI HAMZAH ?


'Datuk Seri' mohon tuduhan rasuah RM15 juta berkait projek agensi KDN diperinci

PENGARAH syarikat bergelar “Datuk Seri” yang didakwa atas pertuduhan rasuah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperincikan butiran dalam pertuduhan itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Sim Choo Thiam memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pihaknya telah menyerahkan surat mengenai perkara tersebut yang bertarikh 6 Jun kepada SPRM.

“Pihak kami masih belum menerima maklum balas mengenai surat tersebut,” katanya.

Semasa ditanya Rozina mengenai surat itu, Timbalan Pendakwa Raya Abd Muntaqim Abdul Aziz berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai surat tersebut.

Rozina meminta pihak pendakwaan mendapatkan perkembangan terkini mengenai surat itu dan menetapkan 28 Jun ini untuk pengurusan kes.

Pada 10 Mei lepas, Sim, 53, didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad.

Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, Hamzah Zainudin yang ketika itu menteri dalam negeri, membantu Asia Coding Centre untuk mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah KDN.

Sim juga berdepan tiga lagi pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama (Hep) sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Shaas Holdings dan di kawasan letak kereta di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1 Kuala Lumpur, antara Jun 2021 dan 30 Julai 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama, 14 Jun 2023.


WOIT

INI BERAT

BERSATU PIKUL

KAH KAH KAH

ANAK BERANAK

ADA KES

KAH KAH KAH

MACAM MANA

NAK JADI TPM

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: