Isnin, 17 Julai 2023

INGAT RAMBUT INGAT TALIBAN



Pemilik salun bukan Islam didenda kerana potong rambut lelaki Islam

SEORANG pemilik salon rambut di Kota Bharu, Kelantan didenda RM100 kerana membenarkan pekerja wanitanya memotong rambut pelanggan lelaki beragama Islam.

Denda itu dikenakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

“Denda itu dibayar oleh pemilik salon empat hari lalu,” kata Presiden Persekutuan Persatuan Cina Kelantan, Oie Poh Choon.

“Saya menemani wanita itu ke pejabat majlis untuk menyelesaikan dendanya, yang mana beliau mengaku melakukan kesalahan itu.

“Beliau mengakui kesilapannya dan mendakwa terlupa mengenai undang-undang kecil itu,” katanya.

Di Kelantan, pendandan rambut wanita bukan Islam tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada orang Islam yang berlainan jantina.

Oie dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata wanita itu didapati melanggar undang-undang kecil majlis itu.

Beliau berharap MPKB memberi taklimat kepada pemilik salun mengenai peraturan sedia ada kerana ramai yang seolah-olah terlupa.

“Sebelum kita pergi lebih jauh, adalah penting untuk ambil perhatian ini bukan peraturan baharu. Untuk selamat, kita hanya perlu mengikut peraturan untuk mengelakkan akibat yang tidak diingini,” katanya.

Difahamkan, pekerja wanita salun itu menggunting rambut pelanggan lelaki yang pergi ke sana bersama ahli keluarganya minggu lalu.

Bulan lalu, MPKB mengeluarkan kompaun kepada seorang wanita bukan Islam kerana berpakaian “tidak sopan” di khalayak ramai, kerana dia memakai seluar pendek.

Tindakan terhadap wanita berusia 35 tahun itu dibuat ketika pemeriksaan mengejut di kedainya di Jalan Merbau, Kota Bharu, mengikut seksyen 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 2019. – 16 Julai, 2023.

RAMBUT INI

BUAT TALIBAN

KERAS KOTE

KAH KAH KAH

INGAT RAMBUT

INGAT TALIBAN

KHALAS

Tiada ulasan: