Isnin, 3 Julai 2023

KENAPA UBAH NAMA TANAH MELAYU ?


Perlembagaan tak sebut Malaysia negara berbilang kaum – Tun M

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri,  Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau memainkan sentimen perkauman apabila membangkitkan isu-isu berkaitan orang Melayu.

Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air itu hanya menyuarakan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.


Dr Mahathir turut mempersoalkan sama ada tindakan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan adalah menyalahi undang-undang.

“Sebaliknya bertentangan Perlembagaan adalah mempromosi negara berbilang bangsa.

“Apakah kerajaan sekarang menolak kedaulatan undang-undang termasuk Perlembagaan Persekutuan yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Sebaliknya Perlembagaan menekankan ke-Melayuan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

WOIT

SEBAB APA

UBAH NAMA

TANAH MELAYU

JADI MALAYSIA

KHALAS

Tiada ulasan: