Sabtu, 8 Julai 2023

MUHYIDIN DAH TERLEBIH CAKAP



Anwar menipu isu hutang peneroka, tak layak jadi PM, kata Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini berkata Anwar Ibrahim tak layak untuk terus kekal sebagai perdana menteri kerana didakwa “menipu” berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda.

Katanya, pentadbirannya sebelum ini yang melaksanakan pelupusan hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion itu. 

“Dengan pembohongan yang terbaharu ini, semakin jelas Anwar Ibrahim bukanlah seorang yang layak untuk kekal menjadi perdana menteri,” katanya di Facebook.

“Anwar menuduh saya tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda. Ini satu pembohongan besar.”

Katanya lagi, Kerajaan Perpaduan sebenarnya yang tidak dapat meneruskan pelupusan hutang itu.

“Pelupusan hutang peneroka Felda telah pun dilaksanakan ketika saya menjadi perdana menteri. Hal ini disahkan sendiri oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam jawapan di Parlimen pada 23 Februari 2023 di mana pelupusan hutang peneroka Felda telah dilaksanakan pada tahun 2021.

“Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai FELDA, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan,” tambah bekas perdana menteri itu lagi.

Namun, Muhyiddin menjelaskan yang hutang peneroka berjumlah RM8.3 bilion itu berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 2021.

“Susulan itu, mantan pengerusi FELDA Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada 24 Februari 2023 bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA berjumlah RM8.3 billion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021,” katanya.

Awal tahun ini, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman berkata kerajaan tidak mampu meneruskan pelupusan hutang peneroka seperti diumumkan Muhyiddin ketika pentadbiran Perikatan Nasional.

Jelasnya pelupusan hutang pada 2021 berjumlah RM8 bilion itu memberi kesan sangat besar kepada aliran tunai Felda.

Muhyiddin pada hari ini bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

“Saya bukan jenis manusia yang suka berbohong dan tidak mengotakan janji.

“Yang suka berbohong dan tidak menunaikan janji ialah Anwar Ibrahim,” katanya.

Semalam, Anwar meluahkan komitmen untuk melupuskan 80% hutang peneroka Felda yang mencecah RM8.3 bilion.

Anwar menuduh pentadbiran PN terdahulu gagal melupuskan hutang peneroka seperti dijanjikan.

“Kebetulan saya Menteri Kewangan, saya tengok fail ada hutang RM8.3 bilion. Sehinggalah kita ambil alih (Kerajaan Perpaduan), kita buka fail, semak balik, dan RM8.3 bilion saya luluskan.

Kita buat keputusan untuk kurangkan jangan bebankan anak-anak Felda, ada generasi kedua, ketiga dan keempat (yang perlu dijaga),” katanya. – 8 Julai, 

WOIT

MUHYIDIN NI

TERLEBIH CAKAP

AMIN

ANWAR MENIPU

TAK LAYAK

JADI PM

JENG JENG JENG

SAPA LAYAK?

JADI PM

KHALAS

FAHMI FADIL

SAM SELIT ?

SAPA SAPA?

AMIN

KALAU RAFIZI

KIRA OK

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PM paling kuat menipu .. menipu sepanjang masa