Polis cari suspek tembak rumah pegawai di Kota Bharu
POLIS sedang mengesan individu yang melepaskan tembakan ke atas rumah seorang pegawainya dalam kejadian di Kok Lanas, Kota Bharu malam tadi.
The Malaysian Insight difahamkan, sekurang-kurangnya tujuh kesan tembakan ditemui di bahagian rumah banglo tersebut dan juga di kenderaan yang diparkir berhampiran kediaman itu.
Difahamkan, isteri pegawai tersebut berada di rumah bersama ibu mertuanya, seorang adik ipar lelaki dan empat orang anak berada di kediaman tersebut dalam kejadian itu.
Menurut sumber, polis turut menemui beberapa kelongsong dan anak peluru di lokasi dan siasatan sedang giat dijalankan termasuk meneliti rakaman video litar tertutup.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api. – 8 Julai, 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan