Sabtu, 8 Julai 2023

PAS TIDAK RASUAH


Rakyat boleh nilai jika PAS parti rasuah, kata Takiyuddin


PAS menyerahkan kepada pengundi untuk menilai sama ada parti Islam itu terlibat rasuah ekoran keputusannya untuk tidak merayu pembatalan kemenangan di kerusi Kuala Terengganu.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan memberi alasan, fakta kes serupa dikemukakan ke Mahkamah Pilihan Raya yang mengekalkan kemenangan presidennya di kerusi Marang.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat pemberian wang kepada pengundi dalam kes petisyen pilihan raya yang dikemukakan Umno bagi kerusi berkenaan.

“Kita serah kepada rakyat sebenarnya kalau ikut dalam keputusan mahkamah kita tak dilabel sebagai rasuah kita cuma mengetahui pemberian itu ada.

“Dan kita boleh berbeza pandangan sebab berbanding Parlimen Marang dan Kuala Terengganu, ada fakta sama dan undang-undang yang sama cuma keputusan berbeza ikut hakim pilihan raya.”

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Pilihan Raya pada minggu lalu membatalkan kemenangan wakil PAS Ahmad Amzad Hashim selepas mendapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi dalam PRU15.

Keputusan Hakim Firruz Jaffriz memihak kepada pempetisyen, Mohd Zubir Embong dari Umno yang memfailkan permohonan itu pada 3 Januari lalu.

Mohd Zubir memohon kemenangan Ahmad Amzad dibatalkan kerana ada “bukti jelas” daripada saksi yang mendakwa menerima wang daripada PAS.

Firruz dalam penghakimannya bersetuju terdapat unsur rasuah yang berlaku dalam kempen Ahmad Amzad bagi memancing undi pengundi.

Hakim juga membenarkan permohonan dari peguam responden untuk mendapatkan perintah penggantungan sementara bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Bagi kes melibatkan kerusi Marang, Hakim Hassan Abdul Ghani menolak petisyen Umno yang membantah kemenangan Abdul Hadi.

Hakim memutuskan bukti dikemukakan pihak pempetisyen atas dakwaan cubaan membeli undi melalui program kerajaan negeri gagal membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah. – 8 Julai, 2023.


BENAR BETUL

DALAM PAS

TAK WUJUD

RASUAH

AMIN

KALAU DAPAT

DUIT DARI

CHINA BALAK

NAMANYA REZEKI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan rasuah ini bukan salah guna kuasa, siapa ada duit siapa ada pulus tabur lebih tabur sini sana boleh menang, lepas menang boleh kutip balik, tambah cukai tambah tarif tambah harga, ini cara pelabur meniaga kah kah kah orang politik pandai berniaga jugak, labur labur tabur lebih tabur lebih asal dapat jadi why bee, nanti boleh dapat projek dapat komisen dapat rasuah ooopss rezeki amin