Sabtu, 8 Julai 2023

MELAYU SAMA TAKUT TALIBAN



DAP sasar PAS untuk 'momok', takutkan pengundi Cina, kata MCA


Pemimpin MCA hari ini mendakwa DAP menyasarkan PAS dalam usaha "memomokkan" dan "menakutkan" pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri pada 12 Ogos depan. 

Naib Presiden MCA Ti Lian Ker dalam satu kenyataan di Facebook berkata tindakan itu telah menimbulkan polarisasi perkauman dan keagamaan dengan trend pengundi Melayu akan menyokong Perikatan Nasional (PN) yang juga diterajui oleh PAS.

Manakala pengundi bukan Melayu akan menyokong gabungan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP

Tambahnya lagi, beliau yakin dan percaya bahawa polarisasi tersebut akan berterusan dan menjadi semakin hangat lebih-lebih lagi apabila sentimen perkauman dan keagamaan dieksploitasi untuk menimbulkan kebencian hanya demi mengaut undi dalam PRN akan datang. 

"Umno dibenci oleh rakyat termasuk pengundi Melayu kerana hasutan dan hentaman bertalu-talu oleh propaganda DAP dan ini telah menimbulkan kebencian penyokong Umno terhadap DAP dam masyarakat Cina yang rata-rata termakan hasutan DAP yang bertahun-tahun. 

"Tiba-tiba DAP bekerjasama dengan Umno dan menjadikan PAS sebagai sasaran mereka untuk memomokkan dan menakutkan undi bukan Melayu, khususnya pengundi Cina," katanya dalam kenyataan tersebut

Ti, yang juga bekas timbalan menteri belia dan sukan serta perpaduan negara, berkata MCA sendiri tidak pernah menggunakan alasan PAS sebagai "parti ekstremis" untuk menjustifikasikan kerjasama parti itu dengan Umno.

Beliau turut menegaskan bahawa MCA berbuat keputusan untuk tidak terlibat dalam persengketaan yang menggunakan agama dan sentimen perkauman sebagai senjata.

Katanya, keputusan itu bertujuan untuk merenggangkan ketegangan kaum dan agama yang disifatkannya semakin ketara dalam negara ini serta boleh mengancam ketenteraman negara.

“MCA tidak setuju dengan penggunaan perpaduan semata-mata untuk mendapatkan undi dan dalam masa yang sama menganiayai mana-mana pihak sebagai musuh dan perlu dibenci.

"MCA menyarankan bahawa kita adalah satu keluarga Malaysia dan polemik agama dan etnik haruslah dihentikan dengan serta-merta," katanya lagi. 

BUKAN HANYA

CHINA TAKUT

TALIBAN

AMIN

MELAYU PUN

SAMA TAKUT

TALIBAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kau ni mmg kelakar..kah3