Jumaat, 25 Ogos 2023

ANAK NAJIB MARAH !!!


Mengapa UMNO tak boleh dapat keadilan untuk Najib? – Nazif

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Langkawi,  Mohd Nazifuddin Najib mempersoalkan mengapa parti itu tidak boleh mendapatkan keadilan untuk bapanya,  Najib Razak.

Menurut beliau, UMNO ketika ini adalah sebahagian daripada kerajaan dan jaguh orang Melayu.

“Jika Tun Abdul Razak Hussein dipenjarakan hari ini dan bukan Najib, adakah kita akan dapat keadilan untuknya?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Hari ini genap setahun bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya selepas rayuan terakhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd ditolak.

Kekecewaan penyokong Najib terhadap kepimpinan UMNO yang dikatakan gagal membela nasib bekas presiden parti itu dikenal pasti sebagai antara punca prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada enam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos lalu.

Mohd Nazifuddin memberitahu, ketika PRN baru-baru ini, rakyat mula bersuara bahawa ia bukan sekadar isu ekonomi dan keperluan asas tetapi isu prinsip dan hak asasi manusia.

Beliau menambah, hari ini juga Najib dikurniakan seorang lagi cucu dan bapanya itu sepatutnya berada di samping keluarga tercinta meraikan kehidupan dan generasi akan datang.

“Bukan di mana beliau berada hari ini, belakang tirai besi yang kaku,” jelasnya.

Mohd Nazifuddin berharap, masih tidak terlambat untuk membatalkan ‘kesalahan’ yang telah dilakukan kerana orang yang menjadi juara terbesar ketidakadilan terus berdiam diri.

“Dan wajar kita bertanya kepada diri kita hari ini di manakah silapnya kita,” katanya. – 

WOIT

ANAK LELAKI

NAJIB INI

KURANG FAHAM

KAH KAH KAH

ZAHID KENA

SELAMATKAN DIRI

SENDIRI DULU

AMIN

KALAU RAMAI LEPAS

DARI JIL MAKA

KERJAAN PMX

AKAN RUNTUH

AMIN

LAGI PUN NAJIB

MASIH 

ADA BANYK KES

KAH KAH KAH

SUAMI NAJIB PUN

ADA KES

KAH KAH KAH

SILAP KACAU

KERJAAN PMX

AKAN RUNTUH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik anak Najib sampai Langkawi kah kah kah kenapa suara dari pulau milik Mahathir Mohammad? Siapa suruh siapa ajar bersuara? Apakah ini suara anak Najib Rosmah? Kah kah kah selepas rumah siap pahat jangan bunyi, memang UMNO nak Najib bebas kah kah kah tapi apa kan daya