Hadir kempen PN, UMNO ambil tindakan terhadap ADUN Rembia
KUALA LUMPUR – UMNO akan mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka yang menyertai program kempen Perikatan Nasional (PN), malam tadi.
Presidennya, Zahid Hamidi menjelaskan, beliau akan menerima laporan berhubung tindakan ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis yang dilihat hadir ke majlis pengumuman calon PN di Bakri, Johor.
“Saya akan terima laporan itu dan kita akan lakukan sesuatu,”
Terdahulu, Muhammad Jailani mempertahan kehadirannya ke majlis kempen PN bukan atas kapasiti ADUN UMNO.
Menurut akhbar The Star, Muhammad Jailani berkata, dia hadir pada majlis itu bagi pihak Muafakat Nasional (MN), sebuah NGO yang diterajui oleh bekas Setiausaha Agung BN, Annuar Musa.
“Saya mewakili Annuar (di sini) kerana Muafakat Nasional berpegang teguh dengan kepercayaan kepada perpaduan ummah.
“Kebetulan, semangat yang sama dikongsi oleh PN. Kami percaya perpaduan ini tidak mati dan kami tidak bermusuhan dengan mana-mana parti politik,” kata Muhammad Jailani. –
Tiada ulasan:
Catat Ulasan