Rabu, 2 Ogos 2023

ANWAR BAWA LELAKI INDON



Anwar bawa lelaki Indonesia mohon beli tanah REE, dakwa Sanusi

PADANG TERAP – Beberapa jam selepas menyatakan pernah berjumpa dengan warga China dikenali sebagai So Loi Fat,  Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat individu dari Indonesia yang mengatakan hasrat untuk membeli tanah yang mempunyai nadir bumi (REE).

Sanusi mendakwa individu bernama Riza Chalid dibawa oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim bagi tujuan tersebut.

“(Datuk Seri) Anwar ada bawa lelaki Indonesia mohon beli tanah. Saya jadi Menteri Besar dah masa Anwar Ibrahim datang ke Kedah bersama seorang lelaki Indonesia.

“Namanya Riza Chalid saya tengok dalam portal Anwar dengan Reza jumpalah seseorang tuan-tuan.

“Rupanya-rupanya Riza Chalid datang untuk memohon kawasan lombong REE, mari (datang) dengan Anwar beberapa minggu sebelum kita bubarkan DUN,” katanya pada Ceramah Perdana Gelombang PN DUN Pedu, di Pekan Naka, malam tadi.

Hadir sama adalah Timbalan Presiden Pas, i Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim.

Ujar Sanusi, perkara itu juga antara pendorong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara bertalu-talu menyerangnya.

“Patutlah Pudin (Saifuddin) ini terlalu nak pulun (serang), saya tahu dah.

“Saya memang ingat Pak Riza ini ada jumpa macam-macam orang untuk nak mohon tanah lombong REE,” ujarnya.

Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pihaknya akan membantu dan tidak mempunyai sebarang masalah jika wujud pihak yang ingin memohon tanah untuk mengusahakan tanah REE.

Jelasnya, sekiranya ada pihak yang berminat untuk meneroka REE yang ada di Kedah, ia harus menggunakan saluran yang betul bagi mendatangkan semula pulangan terhadap kerajaan negeri.

“Buat kerja ikut undang-undang, biar betul-betul. Janganlah sampai rosak mineral kita, hilang duit kita. Siapa pun atas dunia ini yang ada kemahiran ada kepakaran nak mohon kawasan REE silakan, kita luluskan dengan syarat hasil itu pulang kepada rakyat Kedah.

“Anwar Ibrahim ke Pudin (Saifuddin) marilah sesiapa pun tak mengapa,” katanya. 




KAH KAH KAH

LONDEH JANGAN

TAK LONDEH

KAH KAH KAH

BUKA LAGI CERITA

BAGI DUNIA TAHU

KAH KAH KAH

RAKYAT SUKA

DENGAR 

AMIN

RAKYAT

BOLEH KENAL

BETUL SAPA 

KAKI SAKAU

SAPA KAKI PUTAR

KHALAS

Tiada ulasan: