Khamis, 19 Oktober 2023

JEREBU DAN INDON




Malaysia belum terima respons Indonesia cadangan kerjasama tangani jerebu, kata Nik Nazmi

MALAYSIA masih belum menerima sebarang maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung cadangan kerjasama dua hala untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata respons terakhir merupakan kenyataan daripada Kementerian Luar Indonesia yang memaklumkan telah menerima surat yang diutus sebelum ini berhubung tawaran Malaysia untuk menangani masalah berkenaan.

“Yang terakhir kita terima ialah kenyataan jurucakap Kementerian Luar mereka yang mengatakan mereka telah terima apa yang kerajaan Malaysia tawarkan untuk bekerjasama dengan Indonesia untuk selesaikan isu jerebu rentas sempadan.

“Kita kena tengok balik Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP) sejak 2002…kita tahu ada kekangan daripada segi perjanjian ini apabila (punca jerebu) berlaku di negara jiran, macam mana kita nak ambil tindakan, jadi itu mungkin antara yang kita bawa untuk tengok bagaimana boleh naik taraf perjanjian tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu berkenaan selepas melawat Kolam Takungan Banjir Jinjang berdekatan Sungai Batu di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu Nik Nazmi berkata kerajaan akan melihat semula kemungkinan AATHP dinaik taraf untuk menangani isu jerebu secara mendalam.

“Ramai yang bercakap tentang akta atau Rang Undang-Undang (RUU) Jerebu Rentas Sempadan; kita akan menyusul tentang isu tersebut secara mendalam, tapi ia tidak secara langsung.

“Saya faham keresahan rakyat tapi nak buat akta yang melibatkan bidang kuasa di luar (negara) agak mencabar; itu pandangan daripada AGC (Jabatan Peguam Negara)...Singapura ada perundangan tersebut (tapi) mereka pun tidak mudah ambil tindakan,” katanya.

Pada 4 Oktober lepas Nik Nazmi berkata Malaysia menghantar surat kepada Indonesia bagi menyelesaikan segera AATHP atas arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya penyelarasan dibuat dengan rakan sejawat dalam Asean bagi menyelesaikan masalah jerebu rentas sempadan. – Bernama, 18 Oktober, 2023.


JEREBU MASALAH

BERSAMA

AMIN

WAJIB DISELESAI

BERSAMA

AMIN

UDARA KOTOR

TAK MENGIRA

BANGSA  NEGARA

KHALAS

Tiada ulasan: