Khamis, 19 Oktober 2023

JEREBU - KLANG BAHAYA - KL MACAM MANA ?


Klang kekal catat IPU tidak sihat setakat 4 petang ini

KLANG di Selangor kekal mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini dengan bacaan 155.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar sejumlah 51 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51-100) manakala 16 kawasan lagi mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 19 Oktober, 2023.

WOIT

IPU DI KLANG

BAHAYA

AMIN

DI KL IPU

BERAPA ?

KAMI NAK TAHU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alam malu dengan gelagat manusia. alam menutup wajahnya dengan jerwbu