Rabu, 25 Oktober 2023

TUNTUTAN DARI SABAH SARAWAK !!!




Sabah, Sarawak perlu diberi satu pertiga kerusi Parlimen – Richard

KUALA LUMPUR –  Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berharap agar Sabah dan Sarawak diberi satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, tuntutan itu adalah selaras dengan maksud perenggan 19 (2) Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962.

Richard berkata, laporan tersebut menyatakan, tiada mana-mana wilayah pun yang boleh mempunyai lebih daripada dua pertiga jumlah kerusi di Parlimen.

“Ini bermakna wilayah Sabah dan Sarawak hendaklah diperuntukkan sepertiga atau 35 peratus kerusi-kerusi Parlimen dan bukan hanya 25 peratus seperti yang ada sekarang,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, perenggan 165 dan 199 (g) Laporan Suruhanjaya Cobbold juga menyatakan bahawa perwakilan wilayah-wilayah Borneo bukan sahaja mengambil kira jumlah penduduk malah saiz dan potensinya.

“Ini bukan permintaan tetapi ini terkandung dalam IGC dan Laporan Suruhanjaya Cobbold, ini harapan saya,” jelasnya.

Pada 17 September lalu, Premier Sarawak,  Abang Johari Abang Openg berkata, jumlah kawasan Parlimen di wilayah itu dan Sabah sepatutnya ditambah bagi memastikan wujud keseimbangan dengan Semenanjung.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 25 dan 31 kerusi Parlimen. –


WOIT 

KERAJAAN 

TAKDA PILIHAN

AMIN

DALAM PERJANJIAN

PEMBENTUKAN

MALAYSIA

AMIN

KALI INI PASTI

DAPAT

KAH KAH KAH

TAK DAPAT

KERAJAAN RUNTUH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lagi runtuh hasrat orang Malaya kah kah kah lagi runtuh cita-cita PAS kah kah kah susah cari makan di Sabah Sarawak woit, orang-orang Sabah Sarawak lebih bijak lagi tak percaya kepada sarban bungkus kah kah kah kita suka palau siang malam, jangan kacau bawa budaya Taliban kah kah kah