Ahad, 29 Oktober 2023

SELAMAT DATANG KEMBALI RAMASAMY


PM digesa hentikan program solidariti Palestin di sekolah

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim silap berkenaan keperluan program Minggu Solidariti Palestin di sekolah di mana ia akan sukar dikawal, kata P Ramasamy.

Bekas timbalan ketua menteri II Pulau Pinang itu berkata Anwar dan Kementerian Pendidikan (KPM) tidak dapat mengawal apa yang berlaku di sesetengah sekolah.

“Menunjukkan solidariti dalam perjuangan untuk Palestin terutama dengan pembunuhan dilakukan Israel adalah satu perkara. Tetapi menyeru pelajar sekolah untuk menunjukkan solidariti, itu satu perkara yang lain.

Bekas pemimpin DAP itu turut mengecam Anwar kerana menggunakan isu Palestin untuk melonjakkan sokongan politik di negara ini terutama dalam kalangan Melayu.

“Anwar memulakan program ini untuk kepentingan politiknya tetapi ia tidak akan dapat dikawal oleh kementerian dan menterinya.

“Program solidariti Palestin di sekolah mungkin akan menjadi luar kawalan jika pembangkang terbabit,” katanya.

Beliau berkata solidariti terhadap Palestin tidak sepatutnya dilakukan di sekolah, terutama dalam kalangan kanak-kanak.

“Tidak masuk akan untuk jadikan ia sebahagian daripada pendidikan sivik. Bolehkah membawa pistol mainan untuk ‘persediaan perang’ dianggap sebagai pendidikan sivik?

“Anwar patut hentikan program minggu solidariti Palestin di sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Awal minggu ini, KPM umum pelancaran Minggu Solidariti Palestin dari 29 Oktober hingga 3 November di semua sekolah di bawah kementerian dan institute latihan guru. – 28 Oktober, 2023.

WOIT

RAMASAMY

MANA LU GI

LAMA SENYAP

TAK KOMEN

PERMAIDANI ...OPPS..

SILAP... MADANI

KAH KAH  KAH

KAWAN LU

KAKI KOMEN

LIM KIT SIANG

SEMENJAK JADI

TAN SERI SENYAP

MENIKUS

KAH KAH KAH

WALAU APA PUN

SELAMAT DATANG

KEMBALI

AMIN

BILA NAK KOMEN

MINTA

ANWAR LETAK

JAWATAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dey Tambi. Mabuk sireh ke. Sireh mahal la ni hahaha.