Jumaat, 20 Oktober 2023

UMNO TONG BERISI TAIK


Nak bersih najis, takkan kena masuk dalam tong najis – Hadi

SHAH ALAM – Bagaimana hendak bersihkan UMNO sekiranya masih terdapat pemimpin yang terpalit dengan kes rasuah, kata  Hadi Awang.

Jelas Presiden Pas itu, sekiranya mahu membersihkan kotoran itu, tindakan dengan memasuki tong najis akan lebih memudaratkan bukan membersihkan.

“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan, siapa dalam dia, nak cuci macam mana? Banduan ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada macam mana kami (Pas) nak ikut.

“Kalau kita nak bersihkan najis, tidak boleh masuk dalam tong najis. Kita duduk di luar sahaja,” katanya menjawab kenyataan Setiausaha Agung UMNO,  Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Asyraf Wajdi sebelum itu berkata, UMNO akan kembali “dibersihkan” jika Pas menyertai Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, sekiranya kerjasama itu menjadi realiti, tiada lagi fatwa “mengkafir” atau “menyesatkan” mana-mana pihak terutama terhadap parti yang berbeza ideologi.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, jemputan Anwar Ibrahim untuk Pas menyertai Kerajaan Perpaduan hanya dibuat kepada media asing bukan kepada parti itu sendiri.

“Jemputan (Pas sertai kerajaan) dibuat melalui media antarabangsa, tidak kepada Pas,” katanya lagi.

Anwar dalam wawancara bersama Time Magazine mengatakan beliau pernah menjemput Pas menganggotai Kerajaan Perpaduan, tahun lalu.

Bagaimanapun, Anwar berkata, Pas sebaliknya bertindak menolak tawarannya ketika itu.

Namun begitu, beliau memberi jaminan tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan jika ia wujud pada masa akan datang. – 

WOIT

UMNO NI

TONG TAIK

KAH KAH KAH

PAKATAN PIKUL

TONG TAIK KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: