Jumaat, 24 November 2023

DR AGUS BERI TAHU POLIS SAPA MISTER H


Mohammad Agus dedah identiti Mr H

KAJANG: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendedahkan identiti 'Mr H' dalam keterangan kepada polis, hari ini.

Katanya, beliau juga membuat satu lagi laporan polis berhubung penularan laporan dibuatnya sebelum ini, berkaitan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM.

"Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan. Saya juga sudah mendedahkan siapa Mr H untuk siasatan pihak polis.

"Saya juga ada buat laporan polis berkaitan (video) Tik Tok tular pagi ini terhadap Raja Petra berkaitan dengan laporan polis saya sebelum ini terdedah dengan maklumat peribadi yang dikira membahayakan keselamatan diri dan keluarga," katanya.

Mohammad Agus berkata berkata demikian kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tarikh pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani akan membuat laporan polis, Mohammad Agus menyatakan beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

Terdahulu, Mohammad Agus yang memakai baju kemeja berwarna biru tiba di IPD Kajang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna, ditemani peguam, Faizal Abd Rahman jam 2 petang tadi.

Beliau dilihat keluar dari IPD berkenaan jam 5.25 petang selepas lebih dua jam diambil keterangan.

Terdahulu, media melaporkan polis menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

DR AGUS

DAH BANTU POLIS

AMIN

MUSTAHIL

POLIS TAK TAHU

SAPA MISTER H

AMIN

MUSTAHIL POLIS

TAK TAHU MANA

ALAMAT MISTER H

AMIN

DR AGUS NAK

SELESAIKAN

KES PELIR KERAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: