Jumaat, 24 November 2023

SIRUL MASIH DI CARI INTERPOL


Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol, kata polis

POLIS masih mengekalkan nama Sirul Azhar Umar dalam notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) walaupun dilepaskan dari tahanan imigresen Australia, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Beliau berkata setakat ini tiada arahan dikeluarkan oleh mana-mana pihak untuk mengeluarkan nama Sirul Azhar yang sebelum ini disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, daripada notis itu.

“Nama dia (Sirul) masih lagi dalam notis merah…Saya rasa tiada arahan untuk dikeluarkan…meskipun dia dah dibebaskan di Australia.

“Kami masih mengkaji akan kaedah-kaedah (untuk membawa Sirul pulang ke negara ini) dan kini ia di peringkat AGC (Jabatan Peguam Negara),” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu yang dikenakan hukuman gantung atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2016 berada dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.  – Bernama, 24 November, 2023.

SIRUL DICARI

INTERPOL ?

KAH KAH KAH

INI LAWAK

KAH KAH KAH

MUSTAHIL TAK

TAHU DIMANA

SIRUL SEKARANG

KAH  KAH KAH

HANYA

AKAN DIHANTAR

PULANG JIKA

TAK KENA 

HUKUM MATI

AMIN

AUSTRALIA TAK

SETUJU

HUKUM MATI

KHALAS

Tiada ulasan: